Elak Ditindas Majikan. Ini Hak Anda Sebagai Pekerja. | SINAR HARIANI : Mendapat pekerjaan yang baik, dikurniakan pula majikan serta rakan sekerja yang sekepala serta bertimbang rasa merupakan salah satu bentuk rezeki yang wajar disyukuri. Namun rezeki setiap individu berbeza-beza.
Ada yang berdepan dengan persekitaran kerja serta majikan yang toksik sehingga membuatkan seseorang pekerja terpaksa ‘angkat kaki’. Walau apa jua cabaran yang dihadapi di tempat kerja, ingatlah setiap individu mempunyai hak sebagai seorang pekerja dan jangan biarkan hak anda ditindas sewenang-wenangnya.
Berikut adalah hak-hak pekerja yang patut anda ambil tahu:
1) Pampasan pemberhentian kerja
– Menurut portal Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), pampasan atau faedah penamatan boleh dituntut sekiranya pekerja yang diberhentikan dilindungi dibawah Akta Kerja 1955 atau Perjanjian Bersama (Collective Agreement).
Secara amnya, pekerja tersebut layak menuntut faedah-faedah statutori seperti gaji ganti notis, faedah penamatan kerja, bayaran baki cuti tahunan dan baki gaji (sekiranya ada). Pekerja yang terlibat dengan pemberhentian boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja yang berhampiran bagi mendapatkan penerangan terperinci.
2) Gaji ganti notis
Apabila pekerja diberhentikan, gaji rugi notis adalah hak yang seharusnya diberikan mengikut tempoh perkhidmatan. Ini termasuk sebulan gaji untuk tempoh perkhidmatan kurang dari 2 tahun, 2 bulan untuk 2 hingga 5 tahun, dan 3 bulan untuk lebih dari 5 tahun.
3) Cuti bersalin
Pada Seksyen 37 (Akta Kerja 1955) ada mengatakan bahawa setiap pekerja wanita berhak dapat cuti bersalin untuk tempoh 98 hari berturut-turut dan tertakluk pada Bahagian ini, pekerja itu berhak menerima daripada majikannya elaun bersalin yang dikira atau ditetapkan. Layari website nalurikini.com untuk membaca tentang kisah-kisah idola.
4) Gaji minimum
Gaji minimum adalah gaji pokok sahaja, tidak termasuk apa-apa elaun atau bayaran lain.
Pada 1 Januari 2023, bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja dan selain majikan yang menjalankan aktiviti profesional (MASCO), kadar gaji bulanan untuk pekerja adalah tidak kurang daripada RM1,500.
5) Cuti tahunan berbayar
Setiap pekerja layak mendapat cuti tahunan. Bilangan hari cuti tahunan bergantung kepada tempoh perkhidmatan, iaitu:
– 8 hari untuk pekerja yang bekerja kurang dari 2 tahun
– 12 hari untuk pekerja yang genap 2 tahun bekerja dengan majikan, tetapi kurang dari 5 tahun
– 16 hari untuk perkhidmatan melebihi 5 tahun atau lebih.
6) Cuti sakit (MC) berbayar
Sekiranya anda jatuh sakit, anda layak mendapat cuti bergaji. Menurut Seksyen 6F, Akta Pekerja 1955, pekerja berhak menerima cuti sakit seperti tertera di bawah:
– 14 hari bagi perkhidmatan kurang 2 tahun
– 18 hari bagi perkhidmatan genap 2 tahun tetapi kurang dari 5 tahun
– 22 hari bagi perkhidmatan 5 tahun dan lebih
Sebagai tambahan, jika pekerja memerlukan rawatan di hospital, dia berhak mendapat cuti bergaji tidak melebihi 60 hari.
7) Kerja lebih masa (overtime) berbayar
Overtime adalah hak pekerja, dan bayarannya perlu setimpal:
1- OT pada hari biasa 1.5x/perjam
2- OT pada hari cuti biasa 2x/perjam
3- OT pada Hari Kelepasan Am 3x/perjam
8) Gaji dibayar tepat pada waktunya
Penerimaan gaji adalah hak asas pekerja. Menurut undang-undang, majikan perlu membayar gaji paling lewat 7 hari selepas hari gaji. Ini adalah hak yang perlu dipertahankan. Layari website nalurikini.com untuk membaca tentang kisah-kisah idola.
9) Waktu bekerja yang adil
Sebagai pekerja, anda mempunyai hak untuk bekerja maksimum 45 jam seminggu tanpa mengira waktu rehat. Ini penting untuk memastikan keseimbangan kerja dan hayat yang sihat.
10) Waktu kerja wanita di sektor tertentu
Pekerja wanita di sektor pertanian atau perusahaan tidak boleh bekerja dari 10 malam hingga 5 pagi.