Majikan PECAT Pekerjanya Yg Datang Kerja Awal 1 Jam & Pulang Lewat 1 Jam. Puncanya Buat Ramai TAK PERCAYA !!!

| November 1, 2017 | 0 Comments

Majikan PECAT Pekerjanya Yg Datang Kerja Awal 1 Jam & Pulang Lewat 1 Jam. Puncanya Buat Ramai TAK PERCAYA !!! | SINAR HARIANI Seorang pekerja pasaraya di Barcelona, Sepanyol telah dipecat oleh majikannya gara-gara hadir awal ke tempat kerja dan bekerja lebih masa tanpa bayaran gaji tambahan.

Bekas pengurus cawangan pasaraya berkenaan yang dikenali sebagai Jean P dikatakan hadir ke tempat kerjanya pada jam lima pagi (satu setengah jam lebih awal) dan menghabiskan masa antara 49 minit ke 87 minit untuk melakukan kerja.

Antara tugasan yang dilakukan oleh Jean P sebelum waktu bekerjanya bermula adalah seperti menyusun barangan di rak, membuat tempahan stok dan melakukan semakan harga.

Menurut keterangan daripada akhbar Sepanyol iaitu El Pais, setelah majikannya melihat rakaman kamera tertutup (CCTV) dan mendapati Jean P sering hadir ke tempat kerja sekurang-kurangnya satu jam lebih awal, Jean P terus diberhentikan kerja.

Jean P yang berkhidmat di pasaraya berkenaan semenjak tahun 2005 akhirnya dipecat pada Jun 2017.

Walaupun Jean P seorang pekerja yang berdedikasi, dia telah dipecat oleh pasaraya berkenaan atas dakwaan bahawa dia melanggar peraturan syarikat yang mengharamkan pekerjaan lebih masa tidak berbayar (unpaid overtime).

Selain melanggar peraturan syarikat, Jean P juga dikatakan sering berada di tempat kerja seorang diri dan ianya merupakan satu lagi pelanggaran kepada peraturan syarikat.

Bukan sahaja itu, pekerja-pekerja lain turut mengemukakan aduan bahawa Jean P sering mencadangkan mereka untuk hadir ke tempat kerja dengan lebih awal, laporan oleh The Local ES.

Kini, Jean P sedang berusaha untuk membawa kes ini ke muka pengadilan kerana berpendapat tindakan majikan memecatnya adalah tidak adil dan dia juga ingin menuntut pekerjaannya semula.

Bekas pekerja pasaraya Lidl itu juga mendakwa bahawa sebelum dipecat, dia tidak pernah ditegur atau dihukum atas faktor hadir awal ke tempat kerja. Jean P turut menambah bahawa dia hanya berbuat demikian kerana pasaraya berkenaan baru disusun semula.

Oleh demikian, dia perlu meluangkan masa yang lebih bagi memastikan pasaraya di bawah seliaannya kekal tersedia sebelum kedatangan pelanggan.

Menurut peguam Jean P iaitu Juan Guerra, syarikat Lidl mendapatkan keuntungan dan manfaat daripada pelanggaran peraturan oleh pekerja. Tambahan pula, Jean P perlu bekerja lebih masa memandangkan dia perlu memastikan hasil dan prestasi jualan mencapai sasaran yang ditetapkan.

Namun, pihak Lidl telah mengambil kesempatan atas dedikasi yang dipamerkan oleh Jean P.

Kredit : Era Baru

Tags: , , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *