Loading...

Jururawat Pelik Lihat Doktor Ini MENANGIS Keluar Dewan Bedah. Slps Disoal Rupa²nya 2 Jam Lepas….

| November 7, 2017 | 0 Comments

Jururawat Pelik Lihat Doktor Ini MENANGIS Keluar Dewan Bedah. Slps Disoal Rupa²nya 2 Jam Lepas…. | SINAR HARIANI – Bertugas sebagai seorang doktor adalah satu tugas yang paling mulia di dunia. Doktor bagai seorang penyelamat yang boleh menyembuh dan menyelamatkan nyawa orang lain.

 

 

Tugas ini memerlukan pengorbanan yang tinggi yang tidak boleh mementingkan diri sendiri.

Loading...

Inilah yang telah dilakukan oleh seorang doktor di China sehingga sanggup mengorbankan masa melawat bapanya yang sedang nazak dan terlepas peluang melihatnya buat kali terakhir.

 

 

Menurut Oriental Daily, doktor yang hebat ini telah melepaskan masa dan peluang untuk melihat dan berada bersama bapanya yang sedang nazak buat kali terakhir kerana terpaksa melakukan pembedahan ke atas salah seorang pesakitnya.

Doktor ini tidak mahu berputus asa dan mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan kepada pesakitnya dahulu sehingga selesai.

Doktor ini bernama Zhang Xinzhi , berusia 55 tahun yang berasal dari Anhui, China menyedari bahawa bapanya berada dalam keadaan yang kritikal.

Sebelum melakukan pembedahan, Zhang telah melawat bapanya yang sedang nazak itu dan kemudian memberitahu bapanya yang beliau perlu ke dewan bedah untuk melakukan satu pembedahan kelak.

Bapanya mengangguk faham dan membenarkan Zhang pergi seolah berpesan supaya melakukan tugasnya dengan baik sambil tersenyum.

 

 

Semasa Zhang sedang bersedia untuk memulakan pembedahan, beliau telah mendapat berita bahawa bapanya telah meninggal dunia. Bayangkan perasaan yang dialaminya ketika itu.

Namun, Zhang membuat keputusan untuk menjadi kuat dan tabah serta menahan rasa sebaknya dan meneruskan pembedahan tersebut.

Nyawa pesakit yang perlu diselamatkan ini lebih penting untuk kehidupan masa depannya. Zhang bertanggungjawab akan nyawa pesakit ini dan tindakannya itu amat tidak mementingkan diri sendiri.

Semasa sedang melakukan pembedahan, Zhang mendengar beberapa deringan telefon tetapi tidak dihiraukannya kerana mahu memberi fokus menyelamatkan pesakitnya.

Dua jam kemudian, pembedahan itu telah selesai dengan jayanya. Sebaik sahaja keluar dari dewan bedah, Zhang tidak dapat menahan kesedihannya lagi lalu menitiskan air mata.

 

 

Kakitangan yang membantunya dalam pembedahan tersebut berasa hairan mengapa Zhang menangis dan bersedih. Kemudian baru mereka menyedari dan berasa terkejut apabila mendengar berita bapa Zhang telah meninggal dunia 2 jam sebelumnya.

Zhang yang telah menjadi doktor berpengalaman selama 33 tahun ini berkata, “Pada hari itu saya berasa sangat sedih hingga timbul rasa bersalah di dalam hati kerana tidak dapat bersama dengan bapa saya dan melihatnya buat kali terakhir.

Tetapi, saya juga tidak boleh membiarkan nyawa pesakit di dalam bahaya. Saya seorang doktor dan nyawa pesakit saya adalah sangat penting .”

 

 

Para netizen memuji sikap mulia dan dedikasi doktor ini terhadap tugasnya. Tetapi menurut Zhang, beliau percaya setiap doktor juga akan melakukan perkara yang sama apabila berada dalam situasi sepertinya.

Kata Zhang, “Walaupun saya menyesal tidak dapat melihat bapa saya buat kali terakhir, saya percaya yang bapa saya memahami dan pasti akan memberi sokongan dengan keputusan saya, kerana bukan saya seorang sahaja anak lelakinya.

Saya juga mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai seorang doktor.”

Sememangnya Doktor Zhang seorang doktor yang sangat hebat lagi dedikasi serta tidak pernah mementingkan dirinya sendiri.

Kredit : Era Baru

Loading...

Tags: , , , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *