Isteri INTAI Suami Dengan Anak Di Ruang Tamu. ‘AKSI’ Suami MENGEJUTKAN !!!

| November 5, 2017 | 0 Comments

Isteri INTAI Suami Dengan Anak Di Ruang Tamu. ‘AKSI’ Suami MENGEJUTKAN !!! | KUALA TERENGGANU – Terlalu ikutkan nafsu gilanya, seorang lelaki dipercayai tergamak mencabul anak tiri yang baru berusia 10 tahun, dalam kejadian di kediaman mereka di Kampung Wakaf Mempelam, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, kejadian malang menimpa kanak-kanak itu hanya diketahui ibunya, 27, selepas menyaksikan sendiri ‘aksi’ suspek di ruang tamu rumah, kira-kira jam 9 malam.

“Sebelum itu, suri rumah itu tergerak hati untuk mengintai gerak geri suaminya yang semasa itu berada di ruang tamu berdua dengan mangsa sebelum terkejut melihat lelaki itu sedang asyik menggosok kaki dan memegang kemaluan anak perempuannya itu.

“Bengang dengan tindakan itu, wanita tersebut terus bertindak menyepak tangan dan menumbuk dada suaminya dengan kuat sambil menyuruh lelaki itu mengaku perbuatan tidak senonoh yang dilakukan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Idris, suspek bagaimanapun tidak mengaku melakukan perbuatan itu dengan memberi alasan tidak munasabah sebelum wanita itu bertanya kepada mangsa dan memujuk agar berterus terang.

“Dalam nada ketakutan, mangsa memaklumkan ayah tirinya pernah beberapa kali melakukan perbuatan tersebut sebelum ini, tetapi dia takut untuk bercerita kepada ibunya kerana suspek memberi amaran agar tidak memberitahu kepada sesiapa,” katanya.

Jelas Idris lagi, terkejut mendengar pengakuan tersebut, wanita itu terus membawa anaknya membuat laporan polis Chabang Tiga, di sini, untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, suspek berusia 30-an ditangkap sejurus laporan diterima dan kini direman selama enam hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017.

Kredit : Sinar Harian

Tags: , , , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *