Buaya ‘BERLAGAK GAGAH’ Masuk Kawasan Badak Air. Apa Yg Jadi Slps Itu Buat Buaya Itu MENYERAH KALAH !!!

| November 5, 2017 | 0 Comments

Buaya ‘BERLAGAK GAGAH’ Masuk Kawasan Badak Air. Apa Yg Jadi Slps Itu Buat Buaya Itu MENYERAH KALAH !!!  | SINAR HARIANI – Badak air sememangnya haiwan yang sangat comel untuk dilihat. Tetapi buaya adalah haiwan pemangsa yang amat ganas. Kedua-dua haiwan ini mempunyai persamaan. Manusia akan melihat mereka dari jauh.

Bagaimana situasinya apabila badak air yang dirasakan tidak merbahaya ini berdepan dengan buaya yang ganas. Sekumpulan badak air di Taman Negara Kruger, Afrika Selatan akan menunjukkannya.

Seekor buaya yang berlagak gagah dengan beraninya telah memasuki kawasan kolam air, tempat lebih 30 ekor badak air sedang berkubang, berendam dan bersuka ria.

Mungkin dengan memikirkan salah seekor badak air ini akan menjadi mangsa dan makanannya untuk beberapa hari, ternyata sangkaan buaya itu amat meleset sama sekali.

Akibat telah mencerobohi kawasan larangan yang sebenarnya agak merbahaya kepada haiwan pemangsa yang lain juga, buaya ini dengan mudah sahaja diserang dan dibuli oleh sekumpulan badak air tersebut.

Salah seorang dari sekumpulan pelancong yang kebetulan berada di Taman Negara Kruger bernama Harish Kumar telah merakamkan aksi lebih 30 ekor badak air mempertahankan kawasan mereka dari dicerobohi oleh buaya yang malang ini.

Dilihat buaya ini telah dikerumuni oleh sekumpulan badak air yang besar dan gagah dan mereka tidak memberi peluang langsung kepada buaya ini untuk membaham salah seekor badak air yang berada di dalam kolam air tersebut.

Seperti semuanya memberi amaran, “Berani betul kamu menceroboh masuk ke kawasan kami!”, sambil mengganyang buaya itu ke sana dan ke sini.

Dilihat buaya itu membuka luas mulutnya untuk membaham salah seekor badak air tersebut tetapi usahanya itu tidak langsung diberikan kesempatan oleh kumpulan badak air ini.

Di sebalik usaha untuk mendapatkan mangsa, buaya ini telah menukar usahanya untuk melepaskan diri dari kumpulan badak air tersebut.

Buaya itu telah cuba menyelam ke dalam kolam air yang telah menjadi kolam berlumpur itu tetapi telah disedari oleh salah seekor badak air yang melihat kelibatnya.

Dengan kesibukan untuk melepaskan diri, keadaan sebaliknya berlaku. Badak air tersebut telah dilihat mahu membaham dan menggonggong buaya itu lalu melontarnya ke tepi kolam bagi menjauhkannya dari kumpulan badak air yang ganas ini.

Nasib baik buaya ini dapat melepaskan diri. Jika tidak padah pada nyawa sahaja jawapannya.

Lihat video dengan aksi yang mendebarkan ini di bawah.

Kredit : Era Baru

Tags: , , , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *