Solat Jumaat 11 Ogos Di Sebuah Masjid Di Pulau Pinang TIDAK SAH. Ini PENJELASAN Mufti Pulau Pinang !!!

| October 1, 2017 | 1 Comment

Solat Jumaat 11 Ogos Di Sebuah Masjid Di Pulau Pinang TIDAK SAH. Ini PENJELASAN Mufti Pulau Pinang !!! |  PULAU PINANG, 10 Muharram 1439H, Ahad – Mufti Pulau Pinang memutuskan bahawa solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Rawa yang dilakukan pada 11 Ogos lalu bersamaan 18 Zulkaedah 1438H, adalah tidak sah.

Menurut pekeliling yang dikeluarkan jawatankuasa masjid berkenaan kelmarin, umat Islam yang bersolat Jumaat di masjid itu pada tarikh berkenaan dikehendaki melakukan solat qada fardu Zohor.

“Sahibul Samahah Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memutuskan bahawa solat Jumaat pada 11hb Ogos 2017 adalah tidak sah mengikut hukum syarak berdasarkan alasan bahawa khutbah yang disampaikan oleh khatib jemputan iaitu saudara Zamri Vinod tidak memenuhi rukun khutbah mengikut Qaul Muktamad Mazhab Al Syafie.

“Maka dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa seluruh para jemaah yang melaksanakan solat Jumaat pada tarikh berkenaan supaya melaksanakan solat qadha fardhu Zohor. Solat qadha fardhu Zohor hendaklah dikerjakan dengan seberapa segera,” kata pekeliling itu.

Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat berhubung keputusan itu pada 17 September lalu.

Isu solat Jumaat ini turut mendapat perhatian Presiden Persatuan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA), Zamihan Al-Ghari yang memuatnaik kenyataan dalam laman Facebooknya.

Zamihan berkata, semakin tunggang langgang agama Islam di Pulau Pinang, bahana suka mengangkat orang awam memegang jawatan penting.

“Sebelum ini angkat Hussein Yee Takfiri sebagai Tokoh Maal Hijrah. Kemudian angkat Wan Ji pemberontak Majlis Raja-Raja Melayu menjadi penasihat agama dalam kerajaan Lim Guan Eng DAP. Terbaru mengangkat Zamri Vinod menjadi khatib.

“Bukan menidakkan kemampuan mualaf, namun, setiap mualaf yang baru setahun jagung mendalami Islam usah lah dulu memegang tongkat ulama berdiri di atas pentas hadapan orang awam yang lain. Usah cepat sangat mengangkat orang awam kepada jawatan penting.

“Zamri Vinod ni rakan MAZA (Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin). Baru2 ni dia yang jadi pengerusi majlis forum perbandingan agama yang diadakan di Perlis,” kata Zamihan yang memang diketahui tidak sebulu dengan Dr Maza.

Namun, kenyataan Zamihan disanggah oleh Zamri yang juga Presiden Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia sambil berkata, beliau bukan sahaja bersahabat dengan Dr Maza, malah juga dengan Mufti Negeri Sembilan serta semua umat Islam, selagi mereka tidak mensyirikkan Allah.

“Kerja saya ialah berdakwah dan menghukum bukan kerja saya. Saya nak semua orang masuk syurga tak kira sama ada orang itu orang Negeri Sembilan ke atau orang Perlis.

“Ya memang saya setahun jagung namun setahun jagung inilah yang bergiat dalam arena dakwah kepada bukan Islam sebab jagung bertahun-tahun macam saudara ini tidak peduli terhadap isu dakwah non muslim,” kata Zamri yang juga penerima Anugerah Tokoh Pendakwah Maal Hijrah Pulau Pinang baru-baru ini.

Kredit : Ismaweb

Tags: , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *