PELIK Lihat Lelaki Ini Sedang Pilih Pakaian Buat Anak Patung Yg Dibawa. Slps Ditanya Rupa²nya Lelaki Itu…

| October 2, 2017 | 0 Comments

PELIK Lihat Lelaki Ini Sedang Pilih Pakaian Buat Anak Patung Yg Dibawa. Slps Ditanya Rupa²nya Lelaki Itu…| Keenan Watkins mendapat perhatian netizen setelah video beliau membawa patung anak perempuannya ke kedai Goodwill menjadi viral.

Dikongsi di halaman Facebook Love What Matters (LWM), gambar itu menunjukkan Watkins yang berjambang dan bertatu bermesra dengan anak patung bayi. Beliau berada di kedai itu untuk membeli beberapa helai pakaian untuk dipakaikan kepada anak patung itu .

“Saya tidak kisah jika ada orang memandang pelik kepada saya. Saya hanya mahu anak perempuan saya gembira.” menurut Watkins.

Wanita yang menghantar gambar itu ke laman web LWM, Sadie Jessica Marie Collins, berkongsi gambar tersebut dengan kapsyen Facebook

“Lelaki tersebut memberitahu bahawa anak patung tersebut bernama Dovey kepunyaan anak perempuannya. Anak perempuannya meminta lelaki itu membeli pakaian di pasar raya Goodwill dan sarung kaki di Walmart.”

Tambah Collin lagi “Cara layanan lelaki tersebut terhadap anak patung itu ternyata luar biasa”. Saya fikir Watkins mempunyai sifat keibubapaan yang tiada tandingan dan patut mendapat pengiktirafan.

Sambungnya lagi, “Lelaki ini sanggup mempertaruhkan maruahnya dengan pergi membeli pakaian untuk patung anak perempuannya hanya untuk membuat anak kecilnya gembira.”

Terdapat juga satu komen yang ditulis oleh Ralph Cimmino berbunyi “Tidak kira sekuat atau setabah mana pun seorang bapa, anak perempuan merupakan segala-galanya bagi bapa.

 Namun, bagi Nicholas Christopher Michael Ballou pula, seorang bapa tidak perlu melakukan sedemikian rupa jika maruah bapa terletak pada anak perempuan masing-masing.

Bagi Watkins pula, dia menunaikan permintaan anaknya kerana dia mahu anaknya tahu akan kasih sayang yang dicurahkan tidak pernah berbelah bahagi. “Saya mahu anak saya gembira walaupun saya terpaksa menahan malu dicemuh orang”.

Realitinya, mungkin segelintir individu yang bersetuju dengan tindakan Watkins malah memberi kredit atas kesanggupannya memenuhi permintaan anaknya itu.

Sememangnya, para ibu bapa mana yang sanggup untuk tidak memenuhi permintaan anak-anak mereka?

Justeru, setiap ibu bapa di dunia perlu disanjung atas segala jerit perih mereka membesarkan kita.

Sumber : Facebook / Yahoo

P.S. 1 – Mak Nak Pinjam Duit Si Anak Untuk Beli Barang Dapur. Jawapan Si Anak Ini Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 2 – Penduduk Kawasan Ini Menanam Sejenis Tumbuhan Untuk Halau Nyamuk. Tapi Keesokannya Ini Yang Terjadi !!!
P.S. 3 – Ditegur Oleh Juruwang Kerana Kanak² Ini Beli Patung Hitam. Jawapan Kanak² Ini Buat Juruwang Itu TERDIAM !!!
P.S. 4 – Tak Tahan Anak Tengking Depan Doktor. Apa Yang Pakcik Ini Minta Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 5 – Diabaikan Oleh Anak Dan Keluarga. Kisah Makcik Ini Bersama Anak Patungnya Buat Ramai Orang MENANGIS !!!

Tags: , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *