Nenek Ini Meniaga Di Hadapan Sebuah Restoran Terkenal. Apa Yg Dilakukan Pihak Restoran Buat Dia MENANGIS !!!

| October 1, 2017 | 0 Comments

Nenek Ini Meniaga Di Hadapan Sebuah Restoran Terkenal. Apa Yg Dilakukan Pihak Restoran Buat Dia MENANGIS !!!  | SINAR HARIANI – Loly Belen, 76 tahun mula menjual makanan tempatan Filipina yang dikenali sebagai ‘kakanin’ di Carmen, Pangasinan semenjak suaminya meninggal dunia 39 tahun lalu iaitu pada tahun 1978.

 

 

Apabila sebuah restoran makanan segera Jollibee mula dibuka di sekitar kawasan tersebut, nenek Loly mula berniaga di kawasan parkir restoran berkenaan bagi meraih pendapatan yang lebih tinggi.

Nenek Loly mempunyai dua orang anak yang sudah pun berkeluarga, namun dia tetap mahu berniaga bagi membantu membiayai yuran persekolahan cucu-cucunya.

Kegigihan nenek Loly berniaga setiap hari membuatkan pihak Jollibee mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu kejutan istimewa buatnya.

Justeru, satu majlis untuk menyambut Hari Datuk dan Nenek telah dirancang dan pihak Jollibee menjemput nenek Loly beserta dengan dua anak dan empat orang cucunya bagi meraikan hari yang penuh kegembiraan ini.

Majlis ini dilengkapi dengan pelbagai hidangan istimewa daripada Jollibee seperti ayam goreng, spageti, palabok (makanan tradisional Filipina), aiskrim sundae dan juga minuman ringan.

Bukan sahaja dihidangkan dengan pelbagai juadah enak, kehadiran maskot Jollibee sepanjang sambutan majlis tersebut diadakan turut memeriahkan lagi hari berkenaan.

Kemeriahan majlis tersebut kemudiannya dimuatnaik ke laman Facebook rasmi Jollibee dan meraih sehingga 5,000 jumlah perkongsian serta mendapat 47,000 jumlah ‘like’.

Tindakan mulia Jollibee ini berjaya mendapat perhatian daripada netizen yang rata-ratanya memuji pihaknya.

Menerusi komen daripada salah seorang netizen, “Kisah yang penuh inspirasi. Teruskan memberi inspirasi dan kegembiraan kepada semua orang”.

Satu lagi komen berbunyi, “Terima kasih Jollibee atas sikap pemurah dan penghargaan yang anda berikan di atas kesungguhan dan cinta yang tidak bersyarat nenek ini”.

Kredit : Era Baru

Tags: , , , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *