Bayi Ini Baru Dilahirkan. Apa Yg Dia Lakukan Pada Ibunya Buat Kakitangan Hospital TERSENTUH !!!

| October 30, 2017 | 0 Comments

Bayi Ini Baru Dilahirkan. Apa Yg Dia Lakukan Pada Ibunya Buat Kakitangan Hospital TERSENTUH !!! | SINAR HARIANI  Seorang bayi membuat kejutan kepada semua orang yang menyambut kelahirannya dengan memeluk ibunya buat pertama kali sebaik sahaja dia dilahirkan.

 

 

Brenda Coelho de Souza , 24 tahun dari Brazil telah melahirkan Agata Ribeiro Coelho menerusi kaedah Cesarean pada 5 April 2017. Pasukan perubatan yang telah menyambut Agata telah meletakkan bayi itu di sebelah ibunya dan reaksinya telah mengejutkan semua yang berada di bilik bersalin itu.

Agata telah memeluk Brenda sebaik sahaja dia diletakkan bersebelahan ibunya itu, satu reaksi yang membuat semua orang yang berada di situ terkejut dengan berasa sangat tersentuh dan gembira.

 

 

Dalam video yang dirakamkan, dilihat Agata memeluk dan berpaut pada ibunya Brenda dalam masa lebih dari seminit.

Melihat reaksi bayi comel ini, Brenda berkata, “Saat itu adalah saat paling mengagumkan apabila anak perempuan saya memeluk saya buat pertama kalinya.”

 

 

Melihat kepada reaksi doktor dan jururawat yang membantu melahirkan bayinya, Brenda mengatakan pasukan perubatan itu bertugas dengan baik sekali dan mereka sememangnya agak terkejut dan tidak percaya melihat reaksi Agata yang sudah tahu menunjukkan kasih sayangnya kepada Brenda pada saat pertama dia dilahirkan lagi.

 

 

Buat Agata, nampaknya selepas ini dia mungkin akan terus memberikan kejutan demi kejutan kepada ibunya. Sebaik sahaja Agata dilahirkan dia sudah pandai mengambil perhatian dan kasih sayang dari orang di sekelilingnya.

Brenda Coelho de Souza berkata, “Agata kini sudah berusia tiga bulan sentiasa berada dalam keadaan yang sihat. Setiap hari adalah kejutan dan saya sangat suka menjadi seorang ibu.”

 

Lihat video saat pertama kali Agata bertemu dengan ibunya Brenda dengan pelukan menyentuh hati di bawah:

Kredit : Era Baru

Tags: , , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *