Wanita Ini Membantu Gelandangan Lelaki Ini. Apa Yg Jadi Selepas Itu MENGEJUTKAN !!!

| September 23, 2017 | 0 Comments

Wanita Ini Membantu Gelandangan Lelaki Ini. Apa Yg Jadi Selepas Itu MENGEJUTKAN !!! | Karine Gombeau adalah seorang pelancong Perancis yang sedang bercuti di New York bersama keluarganya. Semasa sedang bersiar-siar di bandar itu, dia telah membeli piza untuk makan malam mereka. Namun begitu, semasa sedang berjalan-jalan di bandar bersama anak lelakinya mereka terlihat sebuah pemandangan yang menyentuh perasaannya.

Mereka terlihat seorang gelandangan yang comot berpakaian compang-camping sedang mencari makan daripada tong sampah. Walaupun ramai orang yang lalu lalang di situ tiada seorang pun yang berhenti untuk menghulurkan sedikit makanan buat gelandangan itu.

Dia mula berfikir sejenak, mensyukuri segala nikmat hidup yang dimilikinya. Dia tidak pernah berasa kekurangan, hidupnya serba sempurna, dia dapat berjalan ke mana pun yang dia mahu, sungguh bertuah!

Namun dalam dunia semakin membangun, golongan kaya dan terkenal semakin ramai tetapi masih ada yang kurang bernasib baik. Mereka terpaksa hidup dalam serba kekurangan. Terpaksa menangih simpati si kaya untuk mendapatkan makanan bagi meneruskan hidup. Ada yang terpaksa tidur di tepi-tepi jalan kerana tidak mampu menyewa. Betapa sukarnya hidup di bandar metropolitan jika tiada wang!

Gombeau akhirnya berjalan ke arah gelandangan tersebut dan berbual seketika bersamanya. Gombeau juga memberikan piza yang dibelinya sebentar tadi kepada gelandangan itu.

Gombeau juga meminta maaf kepada gelandangan tersebut kerana piza tersebut sudah sejuk.

“Terima kasih, semoga Tuhan memberkati anda.” kata gelandangan tersebut.

Keesokan harinya, dia terkejut apabila seorang pekerja hotel datang bersama sarapan pagi dan gambar-gambarnya yang dirakam semalam. Gombeau tidak menyedari bahawa dia telah berbuat baik kepada seorang lelaki yang tidak lain adalah seorang pelakon Hollywood, Richard Gere!

Dia sememangnya tidak mengenali lelaki itu dan apa yang dilakukan hanyalah untuk membantu gelandangan tersebut tanpa disedari gelandangan itu adalah seorang artis terkenal Hollywood.

Rupa-rupanya Richard Gere sedang menjalani sebuah penggambaran filem berjudul “Time out of mind“, di mana dia berperanan sebagai gelandangan dalam filem itu. Untuk tujuan itu dia haruslah berpakaian dan berpelakuan seperti gelandangan sebenar tetapi tanpa disangka-sangka Gombeau datang kepadanya malah turut memberikannya piza!

Bagi Richard Gill dan kru film, kejadian yang tidak terduga itu adalah momen yang paling menyentuh hati. Tindakan Gombeau benar-benar memberikan kesan kepada mereka. Bagi Gombeau pula pengalaman tersebut adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat dilupakannya.

Jelas sekali apa yang dilakukan Gombeau benar-benar sesuatu yang sangat mulia. Walaupun dia tidak kenal akan gelandangan itu, dia tetap membantunya tanpa berfikir panjang. Sememangnya apa yang dilakukannya itu benar-benar ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Sungguh mulia!

Kredit : Era Baru

Tags: , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *