Wanita Ini Ditemui DIKURUNG Dlm Sangkar Buatan Keluarganya Dgn Keadaan TRAGIS !!!

| September 20, 2017 | 0 Comments

Wanita Ini Ditemui DIKURUNG Dlm Sangkar Buatan Keluarganya Dgn Keadaan TRAGIS !!! | SINAR HARIANI : Seorang wanita yang menderita penyakit mental yang serius telah dijumpai terkunci di ruang bawah tangga pangsapuri oleh pihak polis. Menurut keluarga wanita yang berusia 45 tahun dari Xixia, di wilayah Sichuan China itu, dia telah masuk dan keluar hospital psikiatri beberapa kali sejak tahun 2012.

Tambahnya lagi, mereka tidak mempunyai pilihan lain selain menguncinya di ruang bawah tangga pangsapuri selepas rawatan yang dijalini sebelum itu gagal.

Tragis: Seorang wanita yang menderita penyakit mental yang serius telah dikunci di sangkar buatan sendiri oleh keluarganya

Diselamatkan: Setelah imej-imej ini tersebar, wanita itu diselamatkan oleh polis dan dihantar ke hospital psikiatri untuk mendapatkan rawatan selanjutnya

Dikenali dengan nama keluarga Peng, dia dikelaskan sebagai pesakit mental oleh kerajaan menurut laporan People’s Daily Online. Penyakit mental itu bermula selepas Peng terlibat dengan kemalangan jalan raya seperti yang dilaporkan oleh news.com.au.

Biarpun telah menjalani rawatan di empat buah hospital psikiatri sebelum ini, namun keadaan Peng tetap tidak berubah malah menjadi lebih teruk lagi. Sudah beberapa kali Peng ditangkap oleh penduduk pangsapuri kerana merosakkan kereta dan memecahkan tingkap rumah jirannya.

Terganggu: Imej-imej ini telah dimuat naik dalam talian ke akaun media sosial oleh seorang penduduk yang bimbang dengan keadaan wanita tersebut.

Menurut keluarganya lagi, mereka terpaksa bertindak sedemikian demi menjaga keselamatan penduduk pangsapuri berkenaan. Sehinggalah pada suatu hari, seorang penduduk yang begitu prihatin dengan keadaan Peng telah mengambil beberapa keping gambar dan memuat naiknya di internet.

Harapannya cuma satu iaitu semoga pihak berkuasa tampil memberikan bantuan yang sewajarnya kepada Peng. Selepas gambar-gambar Peng yang menyayat hati itu menjadi viral, pihak polis datang untuk menyelamatkannya.

Peng kemudiannya dibawa semula ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

Memerlukan kasih sayang dan perhatian: Imej-imej yang mengejutkan menunjukkan wanita yang berusia 45 thaun ini berada dalam keadaan yang sungguh menyayat hati.

Kredit : Era Baru

Tags: , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *