Seorang Pakcik SINDIR Doktor Kerana Rawat Banduan. Kata² Pegawai Penjara Ini Buat Pakcik Itu SENTAP !!!

| September 7, 2017 | 0 Comments

Seorang Pakcik SINDIR Doktor Kerana Rawat Banduan. Kata² Pegawai Penjara Ini Buat Pakcik Itu SENTAP !!! | SINAR HARIANI –  “Boleh panggil doktor sekarang, tak? Bodoh ke buat mesyuarat sekarang. Janji nak beri balik pagi ni. Nanti tak sempat aku nak pergi solat Jumaat.” kata seorang pakcik berkopiah kepada seorang jururawat di kaunter.

“Tunggu sekejap ya, pakcik. 15 minit lagi habislah.” balas jururawat itu.

Ketika itu, aku masih lagi seorang pelajar perubatan. Menjalani penempatan elektif di Hospital Kajang. Aku tak sertai CME tu sebab datang lewat hari berkenaan. Segan pula nak masuk setengah jalan. Takut disergah dengan soalan.

PESAKIT YANG BERGARI

“Doktor, tolong periksa pesakit ni sekejap.” Terpinga-pinga aku dibuatnya. Tengah syok curi dengar drama pakcik yang nak balik tu, tiba-tiba ada orang sapa.

Apabila aku menoleh kelihatan seorang pegawai beruniform serba coklat memandangku sambil menuding jadi kepada seorang pesakit di katil yang tangan digari kepada rangka katil.

Di Hospital Kajang, pesakit bergari ditemani pegawai penjara adalah perkara biasa. Mana tak nya, Penjara Kajang berada tidak jauh daripada hospital itu. Jika tahanan penjara itu sakit, pasti di hantar ke Hospital Kajang untuk dapatkan rawatan.

Pesakit yang ditunjuk oleh pegawai itu nafasnya kencang. Dia duduk bersila sambil tangannya menopang di atas lutut. Persis seperti dukun yang sedang menurun. Sekali-sekala terbatuk.

Aku lakukan auskultasi pada paru-paru pesakit tersebut dan dapati bunyi pernafasannya teredam. Alamak, itu tanda tak tak baik! Maka, aku segera beritahu perkara itu kepada jururawat yang sedang melayan pakcik tadi.

Setelah menerima makluman daripada aku, jururawat itu segera meminta diri dan meninggalkan pakcik yang berang itu lantas mengambil bacaan tanda vital pesakit yang sesak nafas tadi.

BP 100/65 mmHg. PR 101 bpm. SPO₂ 80% under room air. RR 42 bpm.

Ringkasnya, bacaan tanda vitalnya sangat membimbangkan. Jadi, tanpa melengahkan masa, jururawat itu memanggil doktor di bilik seminar di mana sesi CME sedang berlangsung. Dua orang doktor bergegas keluar dari CME untuk memeriksa pesakit yang dimaksudkan.

“Doktor! Doktor!” teriak pakcik apabila terlihat doktor-doktor tersebut, namun teriakannya itu tidak diendahkan.

Pesakit sesak nafas itu diperiksa dan secara klinikal didapati berkemungkinan mengalami kebocoran plasma sehingga menyebabkan paru-parunya ditenggelami cecair plasma. Ini adalah salah satu komplikasi denggi yang amat digeruni oleh para doktor. Jika ia berlaku, bila-bila masa pesakit boleh meninggal.

Setelah pesakit distabilkan dan sedang diuruskan untuk dihantar ke ICU untuk pemantauan rapi, pakcik yang tak sabar mahu pulang tu menyindir dengan suara yang keras.

APA FAEDAH SELAMATKAN SAMPAH MASYARAKAT

“Boleh pula panggil doktor untuk tengok si banduan tu. Tadi aku suruh panggil doktor, kata tak boleh. Banduan yang tak bayar cukai tu lagi penting dari aku ke?” ujarnya.

Para doktor serta jururawat mendiamkan diri sahaja.

“Apa faedahnya selamatkan sampah masyarakat. Patutnya, biar mati je pun tak apa. Ini tidak, dia orang pula lagi diutamakan. Bodoh betul.” sambungnya lagi. Mungkin tak puashati kerana sindiran yang pertama tidak dilayan.

SYURGA ITU DIPENUHI DENGAN PENDOSA-PENDOSA YANG BERTAUBAT

Mendengar sindiran itu, pegawai penjara tadi melangkah mendekati pakcik separuh abad itu, kemudian membongkok agar matanya bertentangan separas dengan pakcik yang sedang duduk bersandar di atas katil.

“Pakcik tahu tak? Syurga tu dipenuhi oleh pendosa-pendosa yang bertaubat. Manakala neraka pula dipenuhi oleh orang-orang alim yang munafik.” ujar pegawai tersebut, lantas beredar.

Epik. Rasa macam nak tepuk tangan atas respons yang diberi oleh pegawai penjara tu, namun aku bendung keinginan tersebut kerana tindakan itu sangat tak beretika. Aku perasan ada beberapa orang pesakit senyum sinis. Seorang menekup mulut, mungkin menahan gelak.

Lumrah bagi kita untuk membenci seorang pendosa. Namun layakkah kita melayani mereka dengan buruk? Adakah kita pasti kita lebih baik daripada mereka?

Sumber:- Kamarul Ariffin Nor Sadan

P.S. 1 – Wanita Ini Pasang CCTV Di Rumah Untuk Awasi Kegiatan Kucingnya. Apa Yang Dirakamkan MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – Setelah Lama Merantau Lelaki Ini Pulang Ke Rumahnya. Reaksi Kucingnya Buat Dia MENANGIS !!!
P.S. 3 – Seorang Kakitangan Zoo Diserang Singa Jantan. Tiba² Muncul Singa Betina Yang Bertindak Untuk….
P.S. 4 – Tiap² Bulan Suami Bagi RM200 Untuk Maknya Tapi Minta Tambah Lagi RM200. Apa Yang Mak Buat Dgn Duit Tu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 5 – Dua Pemuda Tahan Teksi Tapi Minta Jangan Guna Meter. Apa Yang Berlaku Seterusnya Buat Pemandu Teksi Itu Bagi Naik Free !!!

Tags: , , , ,

Category: Karya Kreatif

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *