Pihak Bomba Kongsi Detik Cemas Selamatkan Pelajar Tahfiz. Buat Ramai SAYU !!!

| September 14, 2017 | 0 Comments

Pihak Bomba Kongsi Detik Cemas Selamatkan Pelajar Tahfiz. Buat Ramai SAYU !!! | KUALA LUMPUR – Jumpa mayat berkumpul dalam keadaan rentung dan bertindih.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Soiman Jahid berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.41 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat tiba beberapa minit kemudian di lokasi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung.

Menurutnya, jentera bomba pertama tiba lihat api marak 80 hingga 90 peratus terbakar.

“Terdapat jeritan pelajar meminta tolong untuk selamatkan diri dan seramai lima pelajar berjaya kita selamatkan.

“Operasi penyelamatan diteruskan hingga ke tingkat tiga pusat tahfiz terbabit. Beberapa mangsa ditemui bertindih telah rentung di penjuru kanan bilik, di hadapan pintu tangga utama dan di sudut kiri bilik. Semua mangsa ini telah meninggal dunia,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, hari ini.

Beliau berkata, punca utama kemungkinan dipercayai litar pintas dan ubat nyamuk.

Katanya, pihaknya sedang mengenal pasti punca kejadian dan akan memaklumkannya dalam tempoh dua hingga tiga hari.

Mengulas lanjut, mangsa ini dikatakan gagal keluar dari bangunan itu kerana jeriji besi yang tidak boleh dibuka daripada dalam. Mangsa ini cuba keluar melalui tingkap, namun disebabkan grill yang tidak boleh dibuka, mereka gagal keluar.

“Operasi tamat pada jam 8 pagi dan kebanyakan mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Dalam kejadian itu, seramai 22 pelajar dan dua warden dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.

Kredit : Sinar Harian

Tags: , , , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *