Pemandu Teksi Ini Terlalu Mengantuk Ketika Memandu. Apa Yg Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TERKEJUT !!!

| September 21, 2017 | 0 Comments

Pemandu Teksi Ini Terlalu Mengantuk Ketika Memandu. Apa Yg Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TERKEJUT !!! | SINAR HARIANI Kebiasaannya, setelah lama bekerja badan akan terasa penat dan mata mulai mengantuk. Jika kita lihat ibu bapa kita, kadang-kadang apabila pulang ke rumah setelah penat bekerja mereka pasti akan tertidur kerana kepenatan.

Bagi pemandu teksi, walaupun hanya perlu memandu daripada satu tempat ke tempat lain, mereka selalunya bekerja lebih masa untuk mencari rezeki lebih.

Mana tidaknya, terdapat ramai pemandu teksi yang sanggup bekerja hingga lewat malam untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Dalam satu peristiwa di Filipina, seorang pemandu teksi tidak dapat tahan mengantuk ketika sedang bertugas membawa seorang pelanggan.

Malah, memandu ketika mengantuk juga boleh membawa pelbagai risiko untuk dirinya dan pelanggan.

Jika anda berada ketika situasi ini, adakah anda akan keluar mencari teksi lain?

Mungkin ya tetapi tidak untuk Christina Tan yang memilih untuk memandu teksi tersebut.

Ketika sedang memandu, mereka berdua berbual dan berbincang tentang banyak perkara. Christina Tan juga kasihan dengan pemandu ini kerana terpaksa menyara beberapa anaknya dengan memandu teksi.

Kemudian, pemandu tersebut tidak tahan mengantuk dan meminta Christina untuk bertukar teksi lain agar cepat sampai ke destinasi.

Walaupun mempunyai pilihan lain, tetapi Christina Tan nekad memandu teksi berkenaan yang berusia 70 tahun.

Pada awalnya, pemandu teksi tersebut juga terkejut tetapi membenarkan Christina memandu manakala dia dapat tidur untuk berehat.

Chistina juga dapat memandu dengan baik hingga ke destinasinya walaupun memandu kerete jenis manual.

Kisah ini menjadi tular dan pengajaran kepada semua orang supaya lebih menghormati dan memahami seseorang yang penat bekerja.

Sikap yang ditonjolkan oleh Christina ini harus dijadikan pengajaran kerana tidak kira dalam apa-apa situasi, kita perlu menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Sumber gambar: Facebook Christina Tan

Kredit : Era Baru

Tags: , , , ,

Category: Karya Kreatif

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *