Adik Ini Kongsi Cerita DETIK CEMAS Ketika Selamatkan Bayi Ustaz.

| September 14, 2017 | 1 Comment

Adik Ini Kongsi Cerita DETIK CEMAS Ketika Selamatkan Bayi Ustaz. | KUALA LUMPUR: Seorang mangsa yang terselamat dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat, di sini, menceritakan detik menyelamatkan bayi dalam insiden pagi tadi.

Mohd Ihsan Husin, 16, berkata bayi itu adalah anak kepada guru pusat tahfiz berkenaan yang dihulurkan kepadanya yang ketika itu sudah berjaya menyelamatkan diri dan berada di tingkat dua.

“Bayi itu dihulur kepada saya dari tingkat tiga sebelum saya bawa turun ke bawah.

“Keadaan kelam kabut dan saya tidak tahu apa berlaku kepada ustaz berkenaan.

“Sebelum kejadian saya terjaga daripada tidur kerana mendengar jiran menjerit api, lalu saya kejutkan rakan-rakan lain dan bergegas menyelamatkan diri dengan memecahkan gril pada pintu sebelum turun tingkat dua,” katanya.

Beliau antara 13 mangsa yang berjaya menyelamatkan diri dalam insiden malang berkenaan.

Tambahnya yang sudah empat tahun belajar di pusat berkenaan, ketika kejadian asap terlalu tebal dan hanya ada satu pintu keluar dan masuk.

“Selepas solat Isyak (malam tadi) ada kelas sehingga jam 10.30 malam, makan malam dan jam 11 malam kami diminta tidur.

“Saya ada ternampak dua tong gas berhampiran pintu bilik, agak pelik kerana sebelum ini tiada dan kami tidak dibenarkan memasak,” katanya.

Kredit : BH

Tags: , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *