Lelaki Ini Tempah Kereta Sewa Tapi Kenderaan Yg Datang MENGEJUTKAN. Selepas Disiasat Rupa²nya…

| August 13, 2017 | 0 Comments

Lelaki Ini Tempah Kereta Sewa Tapi Kenderaan Yg Datang MENGEJUTKAN. Selepas Disiasat Rupa²nya… | Perkhidmatan perjalanan zaman ini seperti Uber dan Grab adalah salah satu perkhidmatan yang menjadi pilihan ramai pengguna kerana ianya sangat efisien, cepat dan menjimatkan kos. Kini, seluruh dunia memiliki perkhidmatan seperti ini dengan syarikat-syarikat yang berlainan.

Di China baru-baru ini, seorang netizen yang dikenali dengan nama XimiKKb di laman Weibo telah menggunakan aplikasi perkongsian perjalanan yang dikenali sebagai didialift apabila dia dan rakan-rakannya telah terlepas menaiki keretapi dari Hangzhou ke Shanghai.

Tempahan untuk perkhidmatan tersebut diterima dan lelaki ini serta rakan-rakannya hanya perlu menunggu kenderaan tersebut yang disenaraikan dengan nama Kia tiba dan mengambil mereka.

Tidak lama selepas itu, sebuah kenderaan muncul dan mengejutkan ia bukan kenderaan biasa tetapi merupakan sebuah van ambulans!

Keliru dan masih terkejut, XimiKKb membuat pengesahan dengan pemandu tersebut sama ada dia adalah pemandu yang mereka tempah dan ianya benar-benar berlaku.. Mereka kemudiannya menaiki van ambulans dan mendapati di dalamnya tiada satu pun kelengkapan serta peralatan perubatan.

XimiKKb telah memuatnaik beberapa gambar di akaun media sosialnya dan ia terus menjadi tular. Seorang netizen sempat bergurau dengan memberi komen, “Anda pasti tidak akan tersekat dalam kesesakan lalu lintas jika menaiki ambulans ini!”.

Penularan insiden ini menyebabkan pihak hospital segera melakukan siasatan kerana khuatir sekiranya salah satu van mereka telah disalahgunakan. Pihak hospital kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa van ambulans tersebut adalah van yang baru dan sepatutnya dihantar ke bengkel untuk proses pengubahsuaian.

Pihak bengkel pula menjelaskan bahawa mereka telah mengarahkan sebuah syarikat logistik untuk menghantar semula van ambulans tersebut tetapi kemungkinan besar pemandunya berasa tidak mengapa jika dia mengambil penumpang lain semasa dalam perjalanan menghantar semula van tersebut.

Mungkin pemandu ini sedang meraih pendapatan sampingan. Siapa tahu?

Kredit : Era Baru

P.S. 1 – Wanita Ini Pasang CCTV Di Rumah Untuk Awasi Kegiatan Kucingnya. Apa Yang Dirakamkan MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – Setelah Lama Merantau Lelaki Ini Pulang Ke Rumahnya. Reaksi Kucingnya Buat Dia MENANGIS !!!
P.S. 3 – Seorang Kakitangan Zoo Diserang Singa Jantan. Tiba² Muncul Singa Betina Yang Bertindak Untuk….
P.S. 4 – Tiap² Bulan Suami Bagi RM200 Untuk Maknya Tapi Minta Tambah Lagi RM200. Apa Yang Mak Buat Dgn Duit Tu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 5 – Dua Pemuda Tahan Teksi Tapi Minta Jangan Guna Meter. Apa Yang Berlaku Seterusnya Buat Pemandu Teksi Itu Bagi Naik Free !!!

Tags: , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *