VIRAL Datuk Z Nak Beli Baju Hello Kitty. PUNCA Dia Nak Beli Baju Tu Buat Ramai SEBAK !!!

| July 4, 2017 | 0 Comments

VIRAL Datuk Z Nak Beli Baju Hello Kitty. PUNCA Dia Nak Beli Baju Tu Buat Ramai SEBAK !!! |  PETALING JAYA: Kesanggupan seorang lelaki bergelar Datuk Z untuk membeli baju raya bermotifkan Hello Kitty pada harga beribu ringgit sebenarnya demi memenuhi permintaan cucu kesayangannya yang disahkan menghidap kanser.

Empunya baju pada Isnin tampil mendedahkan punca sebenar selepas kisahnya tular di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dan kecaman netizen.

Menerusi kenyataan di Facebook pada lewat petang Isnin, Yus Amina Mohd Zawizah, 27, memaklumkan dia pada mulanya menyangka hasrat Datuk Z sekadar gurauan kerana sanggup menawarkan harga yang tidak masuk akal sehingga RM10,000.

Tambah usahawan kosmetik ini, sangkaan tersebut meleset selepas dia mendapat panggilan telefon daripada anak perempuan Datuk Z bagi menceritakan hal sebenar.

“Anak perempuannya menjelaskan tujuan sebenar ayahnya iaitu Datuk Z ingin membeli baju raya saya itu dengan harga RM10,000 itu untuk memenuhi permintaan cucu kesayangannya iaitu anak kepada wanita tersebut yang amat meminati watak kartun Hello Kitty dan ingin memakai baju tersebut bersama emaknya.

“Tambahnya lagi, anaknya sekarang menghidapi penyakit kanser hati dan Datuk Z sanggup memenuhi segala permintaan cucu kesayangannya itu,” kata Yus Amina yang lebih dikenali sebagai Afina.

Paparan skrin menunjukkan mesej daripada Datuk Z yang mahu membeli baju Hello Kitty.

Seperti yang dilaporkan mStar Online pada Ahad, Afina memutuskan untuk tidak sesekali menjual baju raya Hello Kitty itu kerana ia adalah sesuatu yang istimewa buat anak perempuannya, Putri Jeliyta Ai Rich Mohd Afizi, dua tahun, dan suami.

Namun selepas beberapa kali berbincang dengan Datuk Z, dia akhirnya bersetuju membantu dengan mencadangkan untuk membuat satu lagi baju raya Hello Kitty yang 100 peratus sama seperti yang dipakai bersama anak perempuannya itu.

“Alhamdulillah mereka menerima cadangan saya,” kata Afina.

Selain itu, Afina menjelaskan bahawa semua baju raya Hello Kitty yang dimuat naik di Facebook sehingga menjadi tular bukan digunakan sebagai strategi pemasaran rangkaian produk keluaran syarikatnya.

“Baju raya Hello Kitty Putri Jeliyta adalah baju raya kami sekeluarga dan bukannya niat nak ‘viral’ untuk produk penjagaan kulit Putri Jeliyta,” katanya.

Sumber : Mstar Online

P.S. 1 – Wanita Ini Pasang CCTV Di Rumah Untuk Awasi Kegiatan Kucingnya. Apa Yang Dirakamkan MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – Setelah Lama Merantau Lelaki Ini Pulang Ke Rumahnya. Reaksi Kucingnya Buat Dia MENANGIS !!!
P.S. 3 – Seorang Kakitangan Zoo Diserang Singa Jantan. Tiba² Muncul Singa Betina Yang Bertindak Untuk….
P.S. 4 – Tiap² Bulan Suami Bagi RM200 Untuk Maknya Tapi Minta Tambah Lagi RM200. Apa Yang Mak Buat Dgn Duit Tu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 5 – Dua Pemuda Tahan Teksi Tapi Minta Jangan Guna Meter. Apa Yang Berlaku Seterusnya Buat Pemandu Teksi Itu Bagi Naik Free !!!

Tags: , , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *