Keluarga Ini Tawarkan RM270k Untk Pengasuh Anak Mereka Tetapi 5 Org Sdh B`henti. Puncanya MENYERAMKAN !!!

| June 20, 2017 | 0 Comments

Keluarga Ini Tawarkan RM270k Untk Pengasuh Anak Mereka Tetapi 5 Org Sdh B`henti. Puncanya MENYERAMKAN !!!| Keluarga ini mencari pengasuh yang boleh tinggal bersama… tetapi kerja ini bukan untuk mereka yang lemah semangat.

Gambar Sekadar Hiasan

Keluarga Borders mengiklankan pekerjaan ini di dalam talian selepas kehilangan lima pengasuh dalam masa setahun kerana “kejadian ghaib” yang berlaku di dalam rumah mereka.

Iklan tersebut dipaparkan di Childcare.co.uk minggu lalu untuk mencari pengasuh yang sanggup menjaga dua orang anak mereka yang berumur 5 dan 7 tahun.

Keluarga ini menawarkan gaji sebanyak RM270,000 kepada calon yang berani dan bersabar dengan rumah yang menyeramkan itu.

Bekas pekerja telah melaporkan terdapat suara-suara aneh, perabot bergerak dan cermin pecah di seluruh rumah tersebut.

Pengasuh perlu sanggup meluangkan masa yang panjang di dalam rumah tersebut dan tidur selama empat malam seminggu, Isnin hingga Jumaat, untuk menjaga anak-anak mereka.

Bahagian kediaman tersebut

Keluarga ini telah mempunyai beberapa pengasuh datang berjumpa mereka untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut. Walau bagaimanapun, tiada seorang pun daripada mereka yang memohon kerja itu. Iklan tersebut juga telah disiarkan sejak 29 Mei.

Pengasuh boleh memohon untuk jawatan ini melalui laman sesawang Childcare.co.uk.

Richard Conway, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Childcare.co.uk berkata: “Kami terkejut apabila melihat iklan tersebut. Sebahagian orang di HQ berasa ragu-ragu tetapi selepas bercakap dengan keluarga dan bekas pekerja mereka, kami menyedari yang ia adalah benar. Kami mempunyai beratus-ratus ribu  pembekal di laman sesawang ini dan kami berharap bahawa salah seorang daripada mereka dapat membantu keluarga ini.

“Kami telah mempunyai keluarga yang pelik dalam proses mencari pembekal pengasuh melalui laman sesawang kami, namun saya rasa ini mungkin cerita yang paling menarik yang kami pernah dengar. Keluarga ini telah memberi jaminan kepada kami bahawa ia tidak berbahaya untuk sesiapa yang tinggal di rumah tersebut, namun pengasuh tersebut perlu kuat semangat!

Kredit : Era Baru

P.S. 1 – Mak Nak Pinjam Duit Si Anak Untuk Beli Barang Dapur. Jawapan Si Anak Ini Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 2 – Penduduk Kawasan Ini Menanam Sejenis Tumbuhan Untuk Halau Nyamuk. Tapi Keesokannya Ini Yang Terjadi !!!
P.S. 3 – Ditegur Oleh Juruwang Kerana Kanak² Ini Beli Patung Hitam. Jawapan Kanak² Ini Buat Juruwang Itu TERDIAM !!!
P.S. 4 – Tak Tahan Anak Tengking Depan Doktor. Apa Yang Pakcik Ini Minta Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 5 – Diabaikan Oleh Anak Dan Keluarga. Kisah Makcik Ini Bersama Anak Patungnya Buat Ramai Orang MENANGIS !!!

Tags: , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *