Loading...

Inilah Luahan SAYU Ibu Kepada Arwah Pelajar UPNM Yg VIRAL Di Dera. SEBAK !!!

| June 4, 2017 | 0 Comments

Inilah Luahan SAYU Ibu Kepada Arwah Pelajar UPNM Yg VIRAL Di Dera. SEBAK !!! | PETALING JAYA: Ibu kepada penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia Khamis lalu, terkejut dengan alasan anaknya didera kerana dipercayai mencuri komputer riba.

Hawa Osman, 54, yang dipetik Sinar Harian yakin anak sulungnya tidak mencuri kerana beliau mempunyai komputer riba sendiri, sebaliknya banyak barang miliknya yang hilang.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi membersihkan nama Zulfarhan.

“Baru-baru ini, telefon bimbit dia hilang ketika dia menjalani latihan berbasikal dan terpaksa menghubungi kami menggunakan telefon rakannya. Sebelum ini juga dia pernah kehilangan tab.

Loading...

“Guru dan rakan-rakan sekolah juga tidak percaya dia dituduh mencuri, saya yakin dia tidak bersalah dan berharap siasatan menyeluruh dijalankan untuk membersihkan namanya,” katanya kepada akhbar itu.

Semalam, sumber yang dipetik The Star mendakwa pegawai kadet laut berusia 21 tahun itu diikat dan dipukul selama 2 hari dengan seutas tali pinggang, paip getah, batang besi dan penyangkut baju oleh rakan universitinya pada 20 dan 21 Mei lalu, disebabkan pergaduhan mengenai sebuah komputer riba.

Penuntut tahun ke-3 jurusan kejuruteraan elektrik itu meninggal dunia kira-kira 2 jam selepas beliau dikejarkan ke Hospital Serdang dengan 80% kesan lebam dan melecur di badannya, sekitar jam 8 malam Khamis lalu.

Mengulas lanjut, Hawa yang dipetik Sinar Harian reda dengan kematian anaknya, tetapi terkilan dengan cara “pemergiannya”.

“Dia terseksa, hampir keseluruhan badan dipenuhi kesan melecur daripada seterika wap, termasuk di dada dan belakang badan.

“Selalu saya baca berita anak orang didera, tetapi kali ini anak saya. Saya tidak boleh terima cara dia pergi.”

Polis mengesahkan kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Seramai 32 penuntut UPNM dan 4 lagi dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) direman 7 hari sehingga Khamis depan.

Sumber : FMT

P.S. 1 – Wanita Ini Pasang CCTV Di Rumah Untuk Awasi Kegiatan Kucingnya. Apa Yang Dirakamkan MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – Setelah Lama Merantau Lelaki Ini Pulang Ke Rumahnya. Reaksi Kucingnya Buat Dia MENANGIS !!!
P.S. 3 – Seorang Kakitangan Zoo Diserang Singa Jantan. Tiba² Muncul Singa Betina Yang Bertindak Untuk….
P.S. 4 – Tiap² Bulan Suami Bagi RM200 Untuk Maknya Tapi Minta Tambah Lagi RM200. Apa Yang Mak Buat Dgn Duit Tu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 5 – Dua Pemuda Tahan Teksi Tapi Minta Jangan Guna Meter. Apa Yang Berlaku Seterusnya Buat Pemandu Teksi Itu Bagi Naik Free !!!

Loading...

Tags: , , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *