Hidup Sebagai Gelandangan & Menjual Limau. Apa Yg Dia Lakukan Dgn Hasil Jualannya Itu Buat Ramai TERHARU !!!

| June 3, 2017 | 0 Comments

Hidup Sebagai Gelandangan & Menjual Limau. Apa Yg Dia Lakukan Dgn Hasil Jualannya Itu Buat Ramai TERHARU !!! | Hubungan manusia dengan haiwan peliharaan sememangnya penuh kasih dan sayang. Sebagai pemilik, seseorang itu pasti akan menjaga dan memberikan yang terbaik buat haiwan yang dipelihara itu.

Seorang lelaki gelandangan di Thailand ini juga tidak terlepas daripada menjaga haiwan peliharaan kesayangannya dengan baik. Menurut Coconuts, seorang gelandangan di Bangkok telah mendapat perhatian netizen di media sosial baru-baru ini.

Loong Dum dilihat menjual limau di stesen keretapi BTS Mo Chit di tengah-tengah bandaraya yang sibuk itu.

Loong turut meletakkan tanda harga “20 baht satu beg, untung akan digunakan untuk membayar perbelanjaan makanan kucing jalanan.” Baiknya dia!

Seorang wanita bernama Warunya Wattanasupachoke yang memuat naik tentang kisah lelaki ini berkata, dia bertemu dengan Loong ketika sedang menyeberangi jejantas menuju ke stesen keretapi tersebut.

Sebaik sahaja terbaca tanda yang ditulis, Warunya membuat keputusan untuk membeli beberapa beg limau daripadanya. Wanita itu turut mendapat tahu bahawa kesemua limau yang dijual itu telah diberikan kepada Loong oleh orang yang tidak dikenali secara percuma! Masih ramai yang berhati mulia dalam dunia ini!

Warunya turut menggambarkan Loong sebagai “peramah dan sopan”. Menurutnya,

“Kita tidak patut menilai seseorang itu berdasarkan penampilan mereka.”

“Sebagai contoh, lihat Loong Dum. Walaupun dia seorang gelandangan dan nampak serabai, dia mempunyai hati yang sangat baik.”

Loong Dum pula ketika ditanya berkata, dia sama sekali tidak kisah jika kebuluran, asalkan kucing itu dapat makanan.

“Saya tidak kisah jika tidak makan, tetapi kucing itu perlu makan.”

Terharunya! Mereka yang bukan gelandangan dan hidup dengan serba mewah pun belum tentu dapat melakukan kebaikan seperti ini.

Sumber : Lobak Merah

P.S. 1 – Mak Nak Pinjam Duit Si Anak Untuk Beli Barang Dapur. Jawapan Si Anak Ini Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 2 – Penduduk Kawasan Ini Menanam Sejenis Tumbuhan Untuk Halau Nyamuk. Tapi Keesokannya Ini Yang Terjadi !!!
P.S. 3 – Ditegur Oleh Juruwang Kerana Kanak² Ini Beli Patung Hitam. Jawapan Kanak² Ini Buat Juruwang Itu TERDIAM !!!
P.S. 4 – Tak Tahan Anak Tengking Depan Doktor. Apa Yang Pakcik Ini Minta Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 5 – Diabaikan Oleh Anak Dan Keluarga. Kisah Makcik Ini Bersama Anak Patungnya Buat Ramai Orang MENANGIS !!!

Tags: , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *