VIRAL Gambar Mufti Wilayah Tidak Memakai Topi Keledar. Ini KOMEN Ketua Pengarah JPJ Buat Ramai SETUJU !!!

| May 28, 2017 | 1 Comment

VIRAL Gambar Mufti Wilayah Tidak Memakai Topi Keledar. Ini KOMEN Ketua Pengarah JPJ Buat Ramai SETUJU !!! | KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri tidak perlu meminta maaf kerana membonceng motosikal tanpa menggunakan topi keledar, ketua pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Datuk Seri Nadzri Siron berkata, Zulkifli tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana terdapat pengecualian dalam isu pemakaian topi keledar apabila ia berkaitan dengan agama.

“Isu minta maaf tidak timbul sebenarnya, sebab akta kita beri pengecualian. Siapa yang pakai serban dan mereka yang ada kaitan dengan agama dibenarkan (tidak memakai topi keledar).

“Mungkin isu tersebut tersebar menyebabkan Zulkifli meminta maaf. Tetapi sebenarnya tidak ada apa-apa kesalahan. Malah, kalau ada operasi dilakukan, kita boleh kecualikan,” katanya kepada FMT hari ini.

Mengikut Kaedah-kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973 yang dibaca bersama Pengecualian 1975 di mana kelonggaran diberikan kepada mereka yang memakai serban seperti haji, lebai dan kaum Sikh.

Menerusi kenyataan di Facebook, Zulkifli menjelaskan insiden itu berlaku kerana beliau terlibat dalam program cerapan anak bulan Ramadan di Menara Kuala Lumpur pada Jumaat petang.

“Mungkin ada yang ternampak kami membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar sebentar tadi (semalam).”

“Memandangkan jalan raya agak sesak dan tidak mahu menyusahkan penganjur dan kelancaran majlis kerana terperangkap di jalan raya, keputusan diambil untuk membonceng motosikal ini,” kata Zulkifli.

Sumber : Free Malaysia Today

P.S. 1 – Mak Nak Pinjam Duit Si Anak Untuk Beli Barang Dapur. Jawapan Si Anak Ini Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 2 – Penduduk Kawasan Ini Menanam Sejenis Tumbuhan Untuk Halau Nyamuk. Tapi Keesokannya Ini Yang Terjadi !!!
P.S. 3 – Ditegur Oleh Juruwang Kerana Kanak² Ini Beli Patung Hitam. Jawapan Kanak² Ini Buat Juruwang Itu TERDIAM !!!
P.S. 4 – Tak Tahan Anak Tengking Depan Doktor. Apa Yang Pakcik Ini Minta Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 5 – Diabaikan Oleh Anak Dan Keluarga. Kisah Makcik Ini Bersama Anak Patungnya Buat Ramai Orang MENANGIS !!!

Tags: , , , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. nmd.isa saleh says:

    Peristiwa ini mengingatkan kembali aku kepada kes yg serupa berlaku,di Kpg Spg Kerayong pada 1985 dahulu. Seorang Iebai ditahan oleh seorang polis trafik bermotosikal,kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar pulang dari masjid ,( tepi jalan kira-kira 50 meter dari masjid).

    Aku melihat kejadian,berhenti untuk membantah tetapi polis terafik tersebut tetap mengeluarkan saman.Kemudian aku pergi ke Bala Polis daerah jasin,berjumpa dengan OCPD Jasin dan mebincangkan saman yg dikeluarkan polis trafik berkenaan.

    Bantahan/rayuan ku diterima tetapi aku dapati polis trafik berkenaan tidak puas hati dan memandang kepada ku (sewaktu aku keluar dari bilik OCPD ) dengan pandangan ancaman ,serta bertindak seoalah-olah sedang mencatat sesuatu sambil memandang kepada ku.

    Berdasarkan kepada kes di atas ….. adakah polis trafik yg berkenaan tidak diberi kafahaman undang-undang yang dia diberi kuasa untuk menguatkuasakannya ???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *