“SAYA Memang Langsung Tak Kenal” Inilah Cerita SEBENAR Video Penjual Durian Yg Jadi VIRAL !!!

| May 18, 2017 | 0 Comments

“SAYA Memang Langsung Tak Kenal” Inilah Cerita SEBENAR Video Penjual Durian Yg Jadi VIRAL !!! | “SAYA memang langsung tak kenal,” kata Mohd Rafi Yakop, 34, penjual durian yang videonya tular selepas memanggil Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan panggilan ‘kak’.

Video itu memaparkan Tengku Puang Pahang berkunjung ke gerai jualan durian kendalian Mohd Rafi di Gurney Drive, Georgetown, Isnin lalu.

Moh Rafi berkata, dia melayan baginda seperti orang lain namun terkejut apabila mengetahui yang pelanggan itu sebenarnya adalah Tengku Puan Pahang.

“Saya panggil kak. Tapi, beliau (baginda) langsung tidak kisah malah berbual seperti biasa, makan durian dan pulang.

“Ketika itu, barulah pengawal peribadinya memberitahu yang beliau (baginda) sebenarnya adalah Tengku Puan Pahang,” katanya.

Menurutnya, sebaik mengetahui status baginda, dia menjadi malu dan berasa bersalah kerana memanggil Tengku Puan Pahang sebagai kak.

“Keesokannya, beliau (baginda) sekali lagi datang ke gerai saya. Kali ini saya benar-benar gelabah, segan dan malu.

“Namun, beliau (baginda) sangat merendah diri dan memberitahu tidak kisah sekiranya saya mahu memanggilnya kak,” katanya yang masih terkejut dengan kehadiran baginda itu.

Rafi berkata, dia juga terkejut apabila videonya yang melayan Tengku Puan Pahang menjadi tular dan dia memohon maaf kepada semua kerana memanggil Tengku Puan Pahang sebagai kakak.

Sumber : Harian Metro

 

P.S. 1 – Mak Nak Pinjam Duit Si Anak Untuk Beli Barang Dapur. Jawapan Si Anak Ini Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 2 – Penduduk Kawasan Ini Menanam Sejenis Tumbuhan Untuk Halau Nyamuk. Tapi Keesokannya Ini Yang Terjadi !!!
P.S. 3 – Ditegur Oleh Juruwang Kerana Kanak² Ini Beli Patung Hitam. Jawapan Kanak² Ini Buat Juruwang Itu TERDIAM !!!
P.S. 4 – Tak Tahan Anak Tengking Depan Doktor. Apa Yang Pakcik Ini Minta Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 5 – Diabaikan Oleh Anak Dan Keluarga. Kisah Makcik Ini Bersama Anak Patungnya Buat Ramai Orang MENANGIS !!!

Tags: , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *