BERANG Jiran Atas Rumah Buat Bising. Cara Lelaki Ini BALAS DENDAM Buat Si Jiran MENYESAL !!!

| April 18, 2017 | 1 Comment

BERANG Jiran Atas Rumah Buat Bising. Cara Lelaki Ini BALAS DENDAM Buat Si Jiran MENYESAL !!! | Xian: Seorang penduduk yang tidak tahan dengan bunyi bising jiran di atas rumahnya membalas dendam baru-baru ini dengan memasang ‘penggegar bangunan’ sebelum dia dan keluarganya pergi bercuti.

Penduduk berkenaan yang hanya dikenali dengan nama keluarganya Zhao sebelum ini berusaha memujuk jirannya mengurangkan bunyi bising kerana ia mengganggu kehidupan dia dan isterinya.

Bagaimanapun, usahanya itu sia-sia menyebabkan dia mengambil keputusan membeli penggegar bangunan dengan harga 400 yuan (RM255) untuk ‘mengajar’ jirannya.

Mesin itu yang menggunakan kuasa motor direka untuk menggegarkan dinding tanpa henti.

Pada jam 8 malam Jumaat minggu lalu, Zhao memasang mesin itu dan meninggalkan flatnya untuk bercuti hujung minggu.

Bunyi bising mesin itu menggegarkan lantai menyebabkan jiran di atas rumah Zhao tidak senang duduk. Dia mengadu kepada pengurusan bangunan tetapi mereka tidak dapat membantunya.

Keluarga itu juga membuat laporan polis yang kemudian cuba menjejaki Zhao, tetapi gagal.

Akhirnya, pada petang Ahad berikutnya, Zhao pulang dan dia dipujuk pegawai supaya mematikan mesin berkenaan.

Tidak dapat dipastikan sama ada Zhao dikenakan tindakan kerana perbuatannya itu.

Sumber : Harian Metro

P.S. 1 – Mak Nak Pinjam Duit Si Anak Untuk Beli Barang Dapur. Jawapan Si Anak Ini Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 2 – Penduduk Kawasan Ini Menanam Sejenis Tumbuhan Untuk Halau Nyamuk. Tapi Keesokannya Ini Yang Terjadi !!!
P.S. 3 – Ditegur Oleh Juruwang Kerana Kanak² Ini Beli Patung Hitam. Jawapan Kanak² Ini Buat Juruwang Itu TERDIAM !!!
P.S. 4 – Tak Tahan Anak Tengking Depan Doktor. Apa Yang Pakcik Ini Minta Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 5 – Diabaikan Oleh Anak Dan Keluarga. Kisah Makcik Ini Bersama Anak Patungnya Buat Ramai Orang MENANGIS !!!

Tags: , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *