Reaksi Gelandangan Ini Apabila Diterima Kerja Dan Gaji Pertamanya MENYENTUH HATI !!!

| March 17, 2017 | 0 Comments

Reaksi Gelandangan Ini Apabila Diterima Kerja Dan Gaji Pertamanya MENYENTUH HATI !!! | Kadang-kala kita mengambil mudah akan nikmat hidup yang dikurniakan kepada kita. Antaranya, tidak sukar untuk melihat ramai netizen di laman media sosial yang merungut tentang kerja mereka. Mungkin kita juga melakukannya kadang-kala.

Seolah-olah kita lupa bahawa tidak semua orang diberikan peluang untuk bekerja – walaupun mereka benar-benar memerlukannya.

Sebab itulah kami juga turut berasa gembira apabila menonton klip video di bawah ini. Video ini memaparkan reaksi gembira seorang gelandangan yang baru sahaja diterima bekerja dan menerima gaji minggu pertamanya.

Lelaki gelandangan itu yang mana identitinya tidak didedahkan, dilihat menggenggamkan tangannya di udara, hampir melompat kegembiraan, apabila ditawarkan kontrak bekerja di sebuah syarikat pembekal tingkap. Dia ditawarkan pekerjaan tetap setelah melalui tempoh percubaan dengan jayanya.

Aaron Doyle, salah seorang pekerja di syarikat Central RPL yang mengambil lelaki gelandangan tersebut bekerja berkongsi video menyentuh hati tersebut dalam talian dan telah mendapat reaksi positif dari ramai pihak.

Aaron berkata, “Mungkin video ini kelihatan biasa sahaja kepada orang ramai, tetapi lelaki ini telah menyentuh hati saya. Gelagatnya saat dia meninggalkan kedai kami sangat bernilai.”

Menurut Aaron, lelaki gelandangan ini tidak memiliki apa-apa di dunia ini dan dia mendapatkan makanannya dari sebuah gereja yang diberikannya secara percuma. Namun begitu, dia masih menawarkan makanannya kepada orang lain setiap pagi.

Tambah Aaron lagi, “Lelaki gelandangan ini tinggal di sebuah rumah perlindungan di Wolverhampton dan ingin membina kembali hidupnya.

“Dia diberi tempoh percubaan oleh syarikat Central RPL, dan jika prestasinya baik, lelaki gelandangan ini akan ditawarkan pekerjaan tetap.

“Mengambil kira keadaan hidupnya yang sukar untuk mendapatkan makanan, dia masih mempelawa kepingan coklat atau kopinya kepada saya.

“Yang terbaik ialah reaksinya apabila dia menerima bayaran gajinya untuk minggu pertama. Ia sangat bernilai.”

Semoga kita dapat mencontohi kemurahan hati lelaki gelandangan ini dan lebih mensyukuri nikmat yang dikurniakan kepada kita semua.

Era Baru

P.S. 1 – Ada Apa Dengan Brunei? Bila Tahu Inilah Keadaan Brunei Pasti Ramai Rasa Hendak Pindah Ke Brunei Sekarang !!!
P.S. 2 – Aku Selalu MERUNGUT Pada Suami Duit Belanja Tak Cukup. TINDAKKAN Suami Buat Aku MENANGIS Dan MENYESAL !!!
P.S. 3 – Korang Pernah Mimpi Tentang BAYI?? SERAM… Inilah Maksud Jika Selalu MIMPI Bayi !!!
P.S. 4 – ‘Uncle’ Ini TERINGIN Nasi Lemak Ikan Keli. Tindakkan ‘Uncle’ Ini Buat Peniaga Itu TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Dua Pemuda Tahan Teksi Tapi Minta Jangan Guna Meter. Apa Yang Berlaku Seterusnya Buat Pemandu Teksi Itu Bagi Naik Free !!!

Tags: , , , ,

Category: Luar Negara

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *