Selepas DIKECAM Teruk Oleh Netizen. Inilah Jawapan PEDAS Fattah Amin Yang Buat Ramai SENTAP !!!

| February 13, 2017 | 0 Comments

Selepas DIKECAM Teruk Oleh Netizen. Inilah Jawapan PEDAS Fattah Amin Yang Buat Ramai SENTAP !!! | KUALA LUMPU: Pelakon Fattah Amin, yang menjadi tumpuan selepas buku tulisannya berjudul 99 Kata-Kata #Qalifmoden Fattah Amin dilancarkan, baru-baru ini, berkata beliau hanya mahu berkongsi pengalaman dilaluinya bersama peminat dan penyokongnya sejak awal memulakan kerjaya seni.

Bercakap kepada BH, Fattah menganggap buku yang dihasilkan adalah perkongsian positif dan pada masa sama menjadi peringatan untuk dirinya supaya tidak pernah melupakan bagaimana beliau bermula dari bawah ketika awal kemunculan, selain bertindak sebagai motivasi tiada apa yang mustahil.

“Saya anggap apa yang berlaku (kritikan netizen di laman sosial mengenai buku tulisannya) sebagai dugaan. Niat saya menerbitkan buku ini hanyalah untuk berkongsi tips dan kata-kata positif serta nasihat supaya terus menjadi insan yang berguna.

“Saya juga mahu buku ini menjadi inspirasi berguna kepada semua, terutama adik-adik kecil untuk membesar dengan baik dan meletakkan impian serta strategi untuk berjaya,” katanya.

Fattah yang popular menerusi drama Suri Hati Mr Pilot berkata, buku tulisannya itu menerapkan nilai untuk tidak mudah berputus asa dan mudah lupa diri, sebaliknya sentiasa beringat bagaimana seseorang itu bermula dan tidak bangga diri.

“Kita harus membaca dan berfikir apa yang saya tulis berdasar pengalaman saya dan bukan pengalaman sesiapa. Setiap kata-kata ada maksud yang tersirat, membolehkan sesiapa yang membaca berfikir mengikut imaginasi masing-masing,” katanya.

Sementara itu dalam satu kenyataan, Fattah turut mempertahankan buku yang hangat diperdebatkan di laman sosial sejak semalam itu. Beliau juga berkata, harga jualannya juga berpatutan dengan nilai penerbitannya.

Dalam kenyataan berkenaan, Fattah memetik mengenai tulisannya berhubung keinginan untuk menggunakan servis valet di sebuah pusat beli-belah di ibu kota kononnya hanya simbolik dan perlambangan terhadap sesuatu impian dan usaha untuk mencapainya.

“Di sebalik perkongsian kata-kata di dalam buku ini, terlindung 1,001 rahsia di belakang maknanya. Ia dihasilkan untuk pembaca, membaca dan berfikir kerana semua itu lahir daripada pengalaman saya sendiri.

“Dalam pada itu, saya lebih selesa menggunakan ayat ringkas dengan makna mendalam. Ia juga menjadikan buku ini lebih dekat dan dijiwai menerusi setiap perkongsian,” katanya.

Fattah turut menjelaskan, harga buku itu setimpal dengan penggunaan kertas berkualiti tinggi dan grafik yang eksklusif, selain ia memuatkan cakera padat single lagu terbaharu beliau berjudul, Wanita Terakhir.

P.S. 1 – Tips Untuk Habuk Tidak Melekat Pada Kipas Dengan SOFLAN. Gerenti BERKESAN !!!
P.S. 2 – Gaji Hanya RM 1500 Tetapi Boleh Beli Rumah, Kereta, Berkahwin Dan Simpanan RM 33K. Lelaki Ini Kongsi Tips²nya !!!
P.S. 3 – Pemandu Grabcar Ini Ambil Penumpang Di Sentul. Bila Ditanya, Penumpang Ini Mula Mengalirkan Air Mata !!!
P.S. 4 – Kanak² Ini Dijaga Oleh Haiwan Selepas Dibuang Ke Hutan. Selepas Ditemui APa Yang Berlaku MENGEJUTKAN Ramai Orang !!!
P.S. 5 – 10 Tahun Ambil Masa Untuk Siapkan Dokumentari Ini. Hasilnya SUBHANALLAH !!!

Tags: , , , , , , ,

Category: Hiburan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *