Tindakkan KEJAM Wanita Ini Terhadap Kucingnya Buat Netizens Dan Pencinta Haiwan MARAH !!!

| January 12, 2017 | 0 Comments

Tindakkan KEJAM Wanita Ini Terhadap Kucingnya Buat Netizens Dan Pencinta Haiwan MARAH !!!| Beijing: Seorang wanita mengambil keputusan membunuh kucing yang baru dibeli, melapah kulit sebelum mencampakkan bangkai haiwan itu di depan kedai haiwan peliharaan yang enggan menerima kembali kucing itu dan memulangkan wangnya.

Wanita itu membeli kucing jenis British Shorthair berumur lima bulan dengan harga 2,560 yuan (RM1,654) di sebuah kedai haiwan peliharaan di Lijiang, wilayah Yunnan, pada 3 Januari lalu, namun kemudian menyedari tidak mampu memelihara haiwan berkenaan.

Menurut laporan People’s Daily Online, wanita itu dikenali sebagai Lan Yan, menyedari pendapatannya tidak cukup untuk memelihara kucing, dia kembali ke kedai berkenaan dua hari kemudian untuk memulangkannya.

Namun, pemilik kedai itu, wanita dikenali sebagai Sheng, enggan menyebabkan Lan Yan marah dan membunuh kucing berkenaan, melapah kulit dan meninggalkan bangkainya di depan kedai Sheng tiga hari kemudian.

Sheng menemui satu bungkusan plastik di depan kedainya pada 8 Januari ketika mahu menutup kedai dan terkejut mendapati ia mengandungi bangkai kucing.

Wanita itu mengecam kucing berkenaan dijual kepada Lan Yan, malah merakam gambar Lan Yan dengan kucing malang itu di dalam kedainya.

Selasa lalu, Lan Yan memohon maaf secara terbuka melalui Weibo (Twitter versi China) dengan menyiarkan surat bertulisan tangan serta video dirinya memohon maaf.

“Kepada pencinta haiwan, saya minta maaf kerana melukakan hari anda,” katnya.,

Lan Yan menjelaskan dia tidak mampu memelihara kucing itu kerana sewa rumah yang mahal dan mendakwa dua kali merayu kepada Sheng supaya mengembalikan wangnya.

Dia mengaku membunuh kucing itu namun menjelaskan seorang penyembelih yang membunuh haiwan berkenaan kerana ‘saya takut melihat darah’.

“Tolong maafkan saya, tolonglah maaf saya yang berdosa ini,” kata Lan Yan.

Kejadian itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang menyiarkan kecaman terhadap Lan Yan melalui Weibo yang menganggapnya wanita kejam.

Shocking: Ms Sheng, from China, saw the butchered and skinned cat in front of her pet store

Rest in peace: The customer bought the British Shorthair (pictured before it was killed) on January 3, but soon realised she did not have enough money to raise the cat

I like the cat! The customer was pictured with the cat when she bought him at the pet store. The store owner claimed that the customer appeared to like the animal

P.S. 1 – Tips Untuk Habuk Tidak Melekat Pada Kipas Dengan SOFLAN. Gerenti BERKESAN !!!
P.S. 2 – Gaji Hanya RM 1500 Tetapi Boleh Beli Rumah, Kereta, Berkahwin Dan Simpanan RM 33K. Lelaki Ini Kongsi Tips²nya !!!
P.S. 3 – Pemandu Grabcar Ini Ambil Penumpang Di Sentul. Bila Ditanya, Penumpang Ini Mula Mengalirkan Air Mata !!!
P.S. 4 – Kanak² Ini Dijaga Oleh Haiwan Selepas Dibuang Ke Hutan. Selepas Ditemui APa Yang Berlaku MENGEJUTKAN Ramai Orang !!!
P.S. 5 – 10 Tahun Ambil Masa Untuk Siapkan Dokumentari Ini. Hasilnya SUBHANALLAH !!!

Tags: , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *