VIDEO Menyayat Hati…. Mayat Kanak² 9 Tahun Dijumpai Dalam Paip PVC !!!

| December 13, 2016 | 0 Comments

VIDEO Menyayat Hati…. Mayat Kanak² 9 Tahun Dijumpai Dalam Paip PVC !!! | SEORANG kanak-kanak berusia 9 tahun ditemui mati tersangkut pada batang paip polivinil klorida (PVC) oleh penduduk kampung Desa Didingga Kecamatan Biau Gorontalo Utara, Indonesia.

Foto mangsa yang dikenali sebagai Riky Dehu dikongsi oleh pengguna laman Facebook Arsil Rahim pada 11 Disember lalu.

Menurut sebuah laman tempatan negara itu, Riky difahamkan bermain di sebuah saliran air milik syarikat Perusahaan Daerah Air Minum (PDAM) yang belum dirasmikan sekitar jam 3 petang pada 10 Disember sebelum ditemui mati di tempat kejadian.

Tambah laman itu, mangsa yang menyangka saliran itu dalam, bertindak terjun ke dalamnya sebelum ditolak arus deras ke dalam batang paip tersebut yang menyebabkan mangsa terperangkap kelemasan.

Menerusi foto yang tersebar, sebahagian badan Riky dari paras kepala hingga paha terperangkap di dalam paip PVC tersebut.

Beberapa penduduk kampung bertungkus lumus mengeluarkan mayat mangsa dengan membelah batang paip tersebut mengunakan alat pemotong PVC.

Jelas laman tempatan itu lagi, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut.

– mynewshub.cc

P.S. 1 – Ada Apa Dengan Brunei? Bila Tahu Inilah Keadaan Brunei Pasti Ramai Rasa Hendak Pindah Ke Brunei Sekarang !!!
P.S. 2 – Aku Selalu MERUNGUT Pada Suami Duit Belanja Tak Cukup. TINDAKKAN Suami Buat Aku MENANGIS Dan MENYESAL !!!
P.S. 3 – Korang Pernah Mimpi Tentang BAYI?? SERAM… Inilah Maksud Jika Selalu MIMPI Bayi !!!
P.S. 4 – ‘Uncle’ Ini TERINGIN Nasi Lemak Ikan Keli. Tindakkan ‘Uncle’ Ini Buat Peniaga Itu TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Dua Pemuda Tahan Teksi Tapi Minta Jangan Guna Meter. Apa Yang Berlaku Seterusnya Buat Pemandu Teksi Itu Bagi Naik Free !!!

Tags: , , , , , ,

Category: Luar Negara

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *