Tupai Ini Tersangkut Dicelah Lubang Penutup Longkang. Operasi Menyelamatkan Tupai Ini MENDEBARKAN !!!

| December 20, 2016 | 0 Comments

Tupai Ini Tersangkut Dicelah Lubang Penutup Longkang. Operasi Menyelamatkan Tupai Ini MENDEBARKAN !!! | BERLIN – Alahai! Seekor tupai di Jerman hampir mati ketika cuba berusaha keras keluar dari lubang sempit penutup longkang setelah lama tersangkut dek tubuhnya yang terlalu gemuk.

Tupai comel tersebut dikatakan tidak dapat melepaskan dirinya sendiri daripada cengkaman besi lubang berkenaan kerana bahagian punggungnya yang agak besar, lapor media tempatan baru-baru ini.

Sungguhpun begitu, mujur nasibnya berubah menjadi baik apabila seorang pejalan kaki secara kebetulan ternampak tupai malang tersebut ketika melalui daerah Giesing di Munich, ibu kota Bavaria dekat sini.

Dia kemudian menghubungi Animal Action, iaitu sebuah pusat bagi menyelamatkan nyawa haiwan, yang segera mengerahkan seorang pegawai terlatih, Franziska Baur untuk melakukan operasi tersebut.

Petugas wanita itu mendapati tupai tersebut ditemui dalam keadaan lemah akibat telah terlalu lama menggunakan segala kudrat tenaga yang ada untuk cuba mengorek besi lubang berkenaan, tetapi tidak berjaya.

Menurut jurucakap Animal Action yang dihubungi pihak media: “Kuku bahagian depan tupai itu menjadi begitu lemah disebabkan percubaan agresifnya untuk melepaskan diri sepanjang hari.”

Haiwan berkenaan malah kesejukan serta tidak berdaya akibat insiden tersebut sekaligus menjadikan operasi bagi menyelamat tupai berkenaan juga bukanlah mudah, menurut laporan berita tempatan.

Baur tidak dapat menarik keluar tupai tersebut dari atas kerana bahagian punggung haiwan comel berkenaan didapati tidak akan muat menerusi lubang kecil pada lubang diperbuat daripada besi itu.

Dia berkata: “Keadaan ketika itu seolah-olah tiada harapan lagi. Namun, akhirnya dengan memakai sarung tangan tebal dan dibantu oleh pejalan kaki yang menjumpai tupai itu, kami cuba angkat sedikit penutup lubang.”

Mereka kemudian menolak satu kakinya ke bawah disusuli kemudian kaki yang satu lagi. Sebaik sahaja bahunya sudah dapat dilepaskan, kepala tupai itu dapat dikeluarkan dengan begitu mudah.

Proses menyelamatkan tupai gemuk itu mengambil masa sekitar sejam. Baur kemudian membalut tupai itu dengan tuala dan segera membawanya ke Persatuan Perlindungan Tupai di Trudering.

Tupai berwarna merah itu kemudian dinamakan Olivio, lapor media tempatan yang memetik kenyataan Evelyne Menges dari pusat perlindungan haiwan berkenaan.

P.S. 1 – Ada Apa Dengan Brunei? Bila Tahu Inilah Keadaan Brunei Pasti Ramai Rasa Hendak Pindah Ke Brunei Sekarang !!!
P.S. 2 – Aku Selalu MERUNGUT Pada Suami Duit Belanja Tak Cukup. TINDAKKAN Suami Buat Aku MENANGIS Dan MENYESAL !!!
P.S. 3 – Korang Pernah Mimpi Tentang BAYI?? SERAM… Inilah Maksud Jika Selalu MIMPI Bayi !!!
P.S. 4 – ‘Uncle’ Ini TERINGIN Nasi Lemak Ikan Keli. Tindakkan ‘Uncle’ Ini Buat Peniaga Itu TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Dua Pemuda Tahan Teksi Tapi Minta Jangan Guna Meter. Apa Yang Berlaku Seterusnya Buat Pemandu Teksi Itu Bagi Naik Free !!!

Tags: , , , , , , ,

Category: Luar Negara

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *