VIRAL Gambar² Anggota Bomba Bersama Seekor Ular Tedung. Portal Antarabangsa Salah Tafsir !!!

| November 15, 2016 | 0 Comments

VIRAL Gambar² Anggota Bomba Bersama Seekor Ular Tedung. Portal Antarabangsa Salah Tafsir !!! | KUALA LUMPUR: “Kemesraan” seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama seekor ular tedung yang pernah menarik perhatian ramai pengguna media sosial di negara ini nampaknya disalah tafsir beberapa portal antarabangsa.

1

Portal antarabangsa seperti Mail Online dalam laporannya mendakwa anggota bomba terbabit telah berkahwin dengan “kekasihnya” iaitu seekor ular tedung selepas percaya bahawa teman wanitanya yang sudah mati hidup kembali sebagai jelmaan ular tedung dan menyatakan mereka mempunyai “persamaan ketara.”

Laporan tersebut mendakwa, lelaki yang tidak didedahkan identiti itu sering menghabiskan masa bersama “kekasihnya” sepanjang 10 kaki itu termasuk menonton televisyen bersama, pergi ke gimnasium, berkongsi detik-detik romantik di kaki bukit serta bermain karom.

Bagaimanapun, JBPM dalam kemaskini di laman Twitter rasmi mereka menafikan laporan tersebut, sebaliknya memaklumkan gambar tersebut telah diambil daripada anggota bombanya, Abu Zarin.

3

“Gambar ini telah diambil dari pemilik berkenaan iaitu anggota bomba bernama Abu Zarin. BERITA INI SAMA SEKALI TIDAK BENAR!,” kata JBPM pada Isnin.

Laporan portal antarabangsa itu telah menarik perhatian ramai netizen khususnya dari Malaysia yang tampil mengecam laporan berkenaan.

Tambah laporan tersebut, kisah percintaan lelaki terbabit dengan ular tedung itu dikongsi oleh seorang lelaki, Warranan Sarasalin yang berasal dari Kanchanaburi, Thailand.

4

Warranan menghantar gambar tersebut kepada portal berkenaan memaparkan anggota bomba terbabit hidup bahagia dengan “isteri baharunya.”

“Dia tidak pernah berjauhan dengan reptilia itu. Dia akan membawa ular itu kemana-mana termasuk tidur bersama,” dakwa Mail Online memetik kenyataan Warranan.

Sumber : Malaysiandigest.com

P.S. 1 – Peguam Ini Dedah CARA² Tuntut Hutang Kawan² Dan Saudara Mara Guna Mahkamah Yang Ramai Orang TAK TAHU !!!
P.S. 2 – Bayi ‘Muncul’ Sebelah Ibu Yang Meninggal Dunia. Ustazah Ini Kongsi Pengalaman Urus Jenazah Wanita Digilis Lori !!!
P.S. 3 – Anak ‘Hilang’ Ketika Tarawih. Wanita Ini TERKEJUT Bila Anaknya Bersama Wanita Berpakaian Serba Hitam !!!
P.S. 4 – Dari Mana Punca Air Sungai. Lelaki Ni Dedah Teori Yang Buat Ramai Kata WOW !!!
P.S. 5 – Khairul Idham Menang Perlumbaan. Inilah Luahan KECEWA Bapanya Dengan Apa Mereka Tanggung Yang Ramai TAK TAHU !!!

Tags: , , , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *