Selepas Di VIRALKAN Kisah Anggota SPRM Yang MEMUKUL Isterinya. Akhirnya Pihak Polis Mula BERTINDAK !!!

| October 28, 2016 | 0 Comments

Selepas Di VIRALKAN Kisah Anggota SPRM Yang MEMUKUL Isterinya. Akhirnya Pihak Polis Mula BERTINDAK !!! | Johor Bahru: Polis Johor sedang mengesan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipercayai memukul dan mengugut isterinya dengan parang.

nvbnb

Ia berikutan dua laporan polis berhubung kes itu yang diviralkan di Facebook milik seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, dua kertas siasatan dibuka dan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Beliau berkata kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

“Suspek didapati tidak hadir bertugas di pejabatnya di Segamat dan mempunyai rekod kes narkotik di Muar tahun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, SPRM menyatakan ia membuka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawainya yang didakwa memukul isteri seperti yang tersebar di media sosial.

ida-jpg_1477651080

SPRM dalam kenyataan berkata, ia bersedia memberi kerjasama kepada polis dan tidak teragak-agak mengambil tindakan disiplin jika terbukti bersalah,

Baru-baru ini, akaun laman sosial Facebook menggunakan nama Shahilda Fadhil memuat naik status kisah keganasan rumah tangga yang dialaminya dan mendakwa suaminya, pegawai SPRM sering mendera dan melakukan serangan seksual terhadapnya.

P.S. 1 – Peguam Ini Dedah CARA² Tuntut Hutang Kawan² Dan Saudara Mara Guna Mahkamah Yang Ramai Orang TAK TAHU !!!
P.S. 2 – Bayi ‘Muncul’ Sebelah Ibu Yang Meninggal Dunia. Ustazah Ini Kongsi Pengalaman Urus Jenazah Wanita Digilis Lori !!!
P.S. 3 – Anak ‘Hilang’ Ketika Tarawih. Wanita Ini TERKEJUT Bila Anaknya Bersama Wanita Berpakaian Serba Hitam !!!
P.S. 4 – Dari Mana Punca Air Sungai. Lelaki Ni Dedah Teori Yang Buat Ramai Kata WOW !!!
P.S. 5 – Khairul Idham Menang Perlumbaan. Inilah Luahan KECEWA Bapanya Dengan Apa Mereka Tanggung Yang Ramai TAK TAHU !!!

Tags: , , , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *