Inilah Keadaan TERKINI Jururawat HSA Nurul Ain Yang Cedera Dalam Menyelamat Pesakit Ketika Kebakaran HSA !!!

| October 28, 2016 | 0 Comments

Inilah Keadaan TERKINI Jururawat HSA Nurul Ain Yang Cedera Dalam Menyelamat Pesakit Ketika Kebakaran HSA !!! | Johor Bahru: Ibu Nurul Ain Zulkarnain, jururawat HSA yang turut dirawat di HSI, terkejut dengan spekulasi anak sulungnya, termasuk ada dakwaan anaknya meninggal dunia.

ainn-jpg_1477571592

Ibu Nurul Ain yang mahu dikenali sebagai Norhayati berkata, tiada kesan lecur pada badan anaknya, hanya terdapat kesan hitam di badan pada hari kejadian dipercayai disebabkan asap.

“Dia sesak nafas kerana terhidu asap dan ini berlaku ketika cuba menyelamatkan seorang daripada enam mangsa yang meninggal dunia,” kata wanita berusia 45 tahun, yang menetap di Temerloh, Pahang.

Norhayati berkata dia akan menemani Nurul Ain sepanjang tempoh rawatan di HSI.

“Syukur Alhamdulillah, keadaannya semakin stabil namun tidak pasti bila dia dibenarkan pulang. Dia masih belum dapat berbual dengan lancar dan hanya berkomunikasi dengan menulis,” katanya.

Sementara itu, keadaan pelatih fisioterapi Siti Nurshafika Mohd Amsah yang cedera akibat terhidu asap dalam kebakaran Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Selasa lalu, kini beransur pulih.

Kakak sulungnya, Siti Nurshakila, 25, berkata keadaan adiknya yang dirawat di wad ‘High Dependency Unit’, Hospital Sultan Ismail (HSI) stabil tetapi masih tidak dapat bercakap sepenuhnya.

Mengimbas semula detik cemas menerima berita yang menimpa adiknya pada hari kejadian, Siti Nurshakila berkata ibunya yang berada di Sandakan ketika itu mendapat panggilan telefon daripada kolej tempat adiknya belajar kira-kira 11 pagi memaklumkan kejadian berkenaan.

“Mak terus menghubungi saya sambil menangis dan meminta saya datang ke sini (HSI) untuk melihat keadaan adik,” katanya yang bertugas sebagai jururawat di sebuah hospital di Labuan.

Anak ketiga daripada empat beradik, Siti Nurshafika, 21, adalah penuntut tahun kedua Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru.

Dia antara tiga petugas di ICU HSA yang dimasukkan ke HSI kerana terhidu asap ketika menyelamatkan pesakit dalam kebakaran itu.

P.S. 1 – Peguam Ini Dedah CARA² Tuntut Hutang Kawan² Dan Saudara Mara Guna Mahkamah Yang Ramai Orang TAK TAHU !!!
P.S. 2 – Bayi ‘Muncul’ Sebelah Ibu Yang Meninggal Dunia. Ustazah Ini Kongsi Pengalaman Urus Jenazah Wanita Digilis Lori !!!
P.S. 3 – Anak ‘Hilang’ Ketika Tarawih. Wanita Ini TERKEJUT Bila Anaknya Bersama Wanita Berpakaian Serba Hitam !!!
P.S. 4 – Dari Mana Punca Air Sungai. Lelaki Ni Dedah Teori Yang Buat Ramai Kata WOW !!!
P.S. 5 – Khairul Idham Menang Perlumbaan. Inilah Luahan KECEWA Bapanya Dengan Apa Mereka Tanggung Yang Ramai TAK TAHU !!!

Tags: , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *