Jangan Malu Batal Kahwin.Tiba Masa Untuk Akad Nikah, Perempuan Ini Nekad Batalkan Pernikahannya !!!

| September 8, 2016 | 0 Comments

Jangan Malu Batal Kahwin.Tiba Masa Untuk Akad Nikah, Perempuan Ini Nekad Batalkan Pernikahannya !!! | Baru-baru ini kecoh isu seorang public figure industri hiburan tempatan membatalkan perkahwinannya pada saat-saat akhir. Puncanya pula enggan didedahkan kepada umum. Mulalah ramai buat spekulasi, tak kurang juga yang mengkritik tindakan cancel wedding last minute bila ramai orang dah tahu.

etzedgf

Perkara tu bukan terjadi kepada selebriti sahaja, kat orang awam pun banyak juga. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan, wajarkah kita rasa malu untuk membatalkan perkahwinan jika pada saat-saat akhir baru mendapat kesedaran untuk berbuat demikian? Ada nasihat berguna yang dikongsikan oleh seorang wanita tentang perkara ini. Bacalah!

14241593_1377905545570207_5942301012524010501_o

Malu Kalau Orang Dah Tahu!

Kecoh kisah seorang selebriti yang membatalkan majlis perkahwinannya. Yang beri komen positif, yang beri komen negatif semua ada.

Saya sebenarnya jarang mengulas isu semasa… apalagi sesuatu yang negatif. Ia bagai menjemput komen-komen negatif ke wall saya. Sebab tu, saya sering elakkan.

Namun yang satu ini saya mahu sebut.. bukan mahu ulas tentang kisah si selebriti. Tetapi tentang sikap berani. Sikap ini yang menggamit ‘tabik’ saya pada selebriti tersebut.

Tidak ramai orang sanggup membatalkan sesuatu yang orang dah tahu. Malu!

Saya jumpa banyak kes – orang yang sudah mula rasa ketidakserasian pasangan namun masih mahu meneruskan pernikahan. Alasannya..

“Teruskan saja. Kalau batal, nanti apa orang kata!”

“Teruskan saja Lepas kahwin kalau bercerai, itu lain cerita.”

Sudahnya apa? Porak peranda! Hangus belanja. Bercerai. Tak pasal-pasal menyandang gelaran duda atau janda. Lebih teruk lagi.. yang masih terus rasa malu.. akhirnya memilih untuk meneruskan perkahwinan tanpa mampu mengecapi erti bahagia. Setiap ketika berdepan sengketa, berendam airmata.

Hikmah Batalkan Perkahwinan Saat Akhir…

Subhanallah. Ini soal jodoh! Siang malam pagi petang kita akan mengadap muka dia. Pilihlah betul-betul. Tanya Allah. Istikharah. Kalau ada gerak hati tertentu lepas istikharah, jangan abaikan. Jangan risaukan kata-kata orang sampai kita pandang remeh ‘isyarat-isyarat’ dari Allah.

Saya ingin kongsikan kisah seorang wanita yang saya hormati. Beliau pernah berdepan dengan dilema ini. Keluarganya ternama, kaya dan berpangkat. Wanita itu sendiri seorang yang positif dan sentiasa bersemangat. Cuma Allah takdirkan beliau lambat bertemu jodoh. Dilamar pada usia sekitar pencen ternyata menjadi satu berita yang sangat menggembirakan seisi keluarga. Mereka teruja mempersiapkan majlis perkahwinannya.

Semuanya berjalan lancar sehinggalah pada detik-detik hampir diijabkabulkan, beliau membuat keputusan nekad untuk membatalkan perkahwinan. Ya. Majlis sedang berlangsung dan pengantin perempuan membuat keputusan untuk tidak mahu meneruskannya. Subhanallah. Saya sendiri terkejut dengan keberaniannya.

Kenapa?

Rupa-rupanya ditakdirkan pada majlis itu beliau tahu satu rahsia tentang bakal suaminya. Beliau tidak suka lalu kerana itu nekad saja membatalkannya. Allahu Akbar. Beliau langsung tidak kisah walau pun dianggap terpaksa menanggung malu. Buah mulut orang bukanlah satu hal yang merisaukannya. Yang lebih difikirkan ialah soal masa depan.

Alhamdulillah. Keberaniannya itu berbaloi. Mujur beliau tidak meneruskan perkahwinan tersebut. Maka, walau pun sehingga kini beliau masih tidak bertemu jodoh yang serasi, namun beliau senang hati. Setidak-tidaknya, beliau tidak terjebak dengan masalah yang lebih besar lagi.

Sungguh. Hidup seorang lebih senang dari hidup dengan orang yang siang malam buat hati kita tak tenang.

So again, berhati-hatilah membuat pilihan. Jangan lupa.. memilih suami atau isteri bererti memilih teman sehidup semati. Bukan sehari dua kita akan hidup dengannya. Seumur hidup! Jangan menikah hanya kerana melihat orang menikah.. tapi menikahlah di atas gerak dan isyarat dari Allah. Menikahlah di atas jalan istikharah.

Kalau dah rasa ada benda yang tak kena, mengapa mesti teruskan juga? Batalkan saja!

Sumber : FB Bonda Nor

P.S. 1 – Peguam Ini Dedah CARA² Tuntut Hutang Kawan² Dan Saudara Mara Guna Mahkamah Yang Ramai Orang TAK TAHU !!!
P.S. 2 – Bayi ‘Muncul’ Sebelah Ibu Yang Meninggal Dunia. Ustazah Ini Kongsi Pengalaman Urus Jenazah Wanita Digilis Lori !!!
P.S. 3 – Anak ‘Hilang’ Ketika Tarawih. Wanita Ini TERKEJUT Bila Anaknya Bersama Wanita Berpakaian Serba Hitam !!!
P.S. 4 – Dari Mana Punca Air Sungai. Lelaki Ni Dedah Teori Yang Buat Ramai Kata WOW !!!
P.S. 5 – Khairul Idham Menang Perlumbaan. Inilah Luahan KECEWA Bapanya Dengan Apa Mereka Tanggung Yang Ramai TAK TAHU !!!

Tags: , , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *