Inilah Gerangan Lelaki Disebalik Kejayaan Luar Biasa Ridzuan Puzi Jaguh Dunia Paralimpik. Ramai TAK TAHU !!!

| September 19, 2016 | 0 Comments

Inilah Gerangan Lelaki Disebalik Kejayaan Luar Biasa Ridzuan Puzi Jaguh Dunia Paralimpik. Ramai TAK TAHU !!! | “A great teacher can inspire hope, ignite the imagination, and instill a love of learning” – Brad Henry.

Larian 100 meter dalam masa 12.07 saat telah pun meletakkan Ridzuan Puzi sebagai jaguh dunia Paralimpik. Menjadi punca bergemanya lagu ‘Negaraku’ di Rio De Janeiro buat pertama kalinya.

ridzuan-puzi-768x403

Namun, di sebalik kejayaan luar biasa ini, di belakangnya juga ada guru yang luar biasa. Itulah dia R. Jegananthan.

jegananthan-02

Tahun 2015 adalah tahun duka buat Jegananthan. Beliau terlibat dengan kemalangan.

Hampir 3 bulan lumpuh. Hanya mampu berkerusi roda. Apakan tidaknya, cedera tulang belakang dan patah tulang pinggul.

Beliau jatuh dan tangga pula menimpa. Dalam keadaan terlantar, mendapat berita kematian anak didik harapannya, Azlan Mat Lazim (pemenang 3 pingat emas Sukan Para Asian 2014).

Seluruh usahanya sudah ranap begitu sahaja. Azlan digilap untuk menawan dunia dan cita-cita itu terhenti.

Azlan Mat Lazim meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan. Kita ke mana dalam situasi seperti ini agaknya?

Namun, beliau sedar bahawa masih ada lagi anak didik yang perlu terus dibimbing. Itulah dia Ridzuan Puzi yang mengalami ‘Celebral Palsy’ sejak kecil lagi.

puzi

Setelah sembuh terus melatih Ridzuan. Terus bekerja keras melatih.

Oktober 2015 adalah hasil tuaian awal hasil usaha keras Jegananthan melatih. Ridzuan Puzi dengan gemilangnya meraih pingat Emas di Kejohanan Olahraga Dunia IPC Doha, Qatar. Acara yang dimenangi adalah acara Trek 100 meter kategori T36.

Ridzuan Puzi layak ke Sukan Paralimpik Rio secara merit (berkedudukan 15 terbaik dunia). Ridzuan awal lagi sudah menjadi prospek pingat emas negara.

Ridzuan benar-benar tidak mengecewakan Jegananthan. Tanggal 10 September 2016, Stadium Olimpik Engenhão menjadi saksi pelukan Jegananthan dan anak didiknya ketika meraikan kemenangan larian Emas 12.07 saat milik Ridzuan.

Kejayaan Ridzuan adalah kejayaan Jegananthan. Jurulatih berbangsa India dan anak didik berbangsa Melayu.

Jika masih ada yang bersifat rasis, sedarlah wahai anak Malaysia. Kejayaan kita adalah kejayaan semua bangsa di Malaysia. Kita semua telah berjanji.

Izinkan aku menulis sebegini pada perenggan akhir ini.

Berilah R. Jegananthan suatu pengiktirafan. Pengiktirafan setaraf Datuk Misbun, Datuk K. Rajagobal dan Datuk Ong Kim Swee.

Bukan kerana kita bangsa gila gelaran. Tapi, bernilainya jiwa seorang pendidik tulen bernama R. Jegananthan. Tiada galang ganti.

sumber : Ahmad Zahid Amran

P.S. 1 – Peguam Ini Dedah CARA² Tuntut Hutang Kawan² Dan Saudara Mara Guna Mahkamah Yang Ramai Orang TAK TAHU !!!
P.S. 2 – Bayi ‘Muncul’ Sebelah Ibu Yang Meninggal Dunia. Ustazah Ini Kongsi Pengalaman Urus Jenazah Wanita Digilis Lori !!!
P.S. 3 – Anak ‘Hilang’ Ketika Tarawih. Wanita Ini TERKEJUT Bila Anaknya Bersama Wanita Berpakaian Serba Hitam !!!
P.S. 4 – Dari Mana Punca Air Sungai. Lelaki Ni Dedah Teori Yang Buat Ramai Kata WOW !!!
P.S. 5 – Khairul Idham Menang Perlumbaan. Inilah Luahan KECEWA Bapanya Dengan Apa Mereka Tanggung Yang Ramai TAK TAHU !!!

Tags: , , , ,

Category: Sukan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *