Berang Suami Pulang Lewat. Inilah Tindakkan Isteri Sehingga Menyebabkan Suami Hilang JARI !!!

| September 28, 2016 | 0 Comments

Berang Suami Pulang Lewat. Inilah Tindakkan Isteri Sehingga Menyebabkan Suami Hilang JARI !!! | Miri: Seorang wanita naik hantu dengan menggigit jari kelengkeng kiri suaminya hingga putus dan dipercayai menelannya kerana berang lelaki itu pulang lewat, kelmarin.

MIRI 27 SEPTEMBER 2016. (KCM837X) Jari kelingking mangsa putus sepanjang satu sentimer akibat digigit isteri. NSTP/MOHD RIZAL ABDULLAH

Kejadian jam 11.30 malam itu berlaku di rumah pasangan itu di Kampung Lereng Bukit di sini.

Sumber berkata, akibat perbuatan ganas isterinya itu, mangsa berusia 26 tahun putus jari kelengkeng sepanjang kira-kira satu sentimeter.

Menurutnya, wanita berusia 21 tahun itu turut dikatakan menelan jari yang putus berikutan mangsa gagal menemui cebisan itu di rumah.

“Ketika kejadian, mangsa baru pulang ke rumah dari membeli barang keperluan harian di sebuah pasar raya.

“Sebaik masuk ke dalam rumah, wanita itu mengamuk kerana mangsa pulang lewat dan bertindak ganas dengan menggigit jari suaminya.

“Tanpa belas ihsan wanita itu membiarkan suaminya menanggung kesakitan sehingga pagi,” katanya.

Katanya, tindakan wanita itu mengakibatkan mangsa mengalami pendarahan teruk dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta, pagi semalam.

Sumber itu berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri berhubung kejadian itu, kira-kira jam 2 petang, semalam.

“Mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori sayur berkahwin dengan wanita terbabit tahun lalu dan dikurniakan seorang bayi perempuan berusia 15 bulan.

“Sebelum ini, mangsa pernah membuat laporan di Balai Polis Lutong kerana dibelasah isterinya hanya kerana kesalahan kecil,” katanya.

P.S. 1 – Peguam Ini Dedah CARA² Tuntut Hutang Kawan² Dan Saudara Mara Guna Mahkamah Yang Ramai Orang TAK TAHU !!!
P.S. 2 – Bayi ‘Muncul’ Sebelah Ibu Yang Meninggal Dunia. Ustazah Ini Kongsi Pengalaman Urus Jenazah Wanita Digilis Lori !!!
P.S. 3 – Anak ‘Hilang’ Ketika Tarawih. Wanita Ini TERKEJUT Bila Anaknya Bersama Wanita Berpakaian Serba Hitam !!!
P.S. 4 – Dari Mana Punca Air Sungai. Lelaki Ni Dedah Teori Yang Buat Ramai Kata WOW !!!
P.S. 5 – Khairul Idham Menang Perlumbaan. Inilah Luahan KECEWA Bapanya Dengan Apa Mereka Tanggung Yang Ramai TAK TAHU !!!

Tags: , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *