“Saya benar-benar harap beliau boleh lakukannya…” Inilah KOMEN Abang Datuk Lee Chong Wei !!!

| August 21, 2016 | 0 Comments

“Saya benar-benar harap beliau boleh lakukannya…” Inilah KOMEN Abang Datuk Lee Chong Wei !!! | PETALING JAYA: Abang kepada Datuk Lee Chong Wei berkata, hanya tuhan yang tahu pengorbanan jaguh badminton negara itu untuk menamatkan kemarau pingat emas negara di temasya Sukan Olimpik.

chong-wei-anbang

Lee Chong Hoon turut menangis selepas menyaksikan adik kesayangannya tewas kepada lawan dari China, Chen Long dalam aksi final di Rio de Janeiro semalam.

“Untuk mengatakan ia sedih adalah kurang benar, hanya tuhan yang tahu berapa banyak Chong Wei sudah korbankan untuk sampai ke tahap ini,” kata abang sulung atlet itu yang dipetik Malay Mail Online, selepas menyaksikan aksi final itu di sebuah restoran di Sri Hartamas, semalam.

14067661_10154523599209883_4863542774483332426_n

Beliau berkata, walaupun tewas, pemain badminton nombor satu dunia itu tetap adalah juara baginya dan berharap rakyat akan terus menyokong adik bongsunya.

Sementara itu, Oriental Daily memetik Chong Hoon sebagai berkata, selepas tewas di permainan pertama, beliau tidak berapa berani untuk menyaksikan aksi seterusnya.

“Saya benar-benar harap beliau boleh lakukannya, mungkin ini adalah gelaran juara (dalam Olimpik) yang tuhan hutang kepadanya.

“Saya harap beliau janganlah sedih sangat. Memang adat permainan ada menang, kalah dan juara hanya satu. Saya tahu beliau sudah berusaha sedaya upaya,” katanya.

Chong Wei menjadi naib juara buat kali ketiga di pentas final Olimpik, selepas tewas 18-21, 18-21 kepada Chen Long di Riocentro, semalam.

Malaysia mengakhiri misi di Olimpik Rio dengan empat perak dan satu gangsa, termasuk tiga pingat perak dalam acara badminton, satu lagi perak melalui acara terjun dan gangsa menerusi acara berbasikal.

Sumber : Free Malaysia Today

P.S. 1 – Peguam Ini Dedah CARA² Tuntut Hutang Kawan² Dan Saudara Mara Guna Mahkamah Yang Ramai Orang TAK TAHU !!!
P.S. 2 – Bayi ‘Muncul’ Sebelah Ibu Yang Meninggal Dunia. Ustazah Ini Kongsi Pengalaman Urus Jenazah Wanita Digilis Lori !!!
P.S. 3 – Anak ‘Hilang’ Ketika Tarawih. Wanita Ini TERKEJUT Bila Anaknya Bersama Wanita Berpakaian Serba Hitam !!!
P.S. 4 – Dari Mana Punca Air Sungai. Lelaki Ni Dedah Teori Yang Buat Ramai Kata WOW !!!
P.S. 5 – Khairul Idham Menang Perlumbaan. Inilah Luahan KECEWA Bapanya Dengan Apa Mereka Tanggung Yang Ramai TAK TAHU !!!

Tags: , , , , , , ,

Category: Sukan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *