Rashid Sidek Dedahkan Gadis Ini Bakal Menggantikan Tempat Datuk Lee Chong Wei !!!

| August 25, 2016 | 0 Comments

Rashid Sidek Dedahkan Gadis Ini Bakal Menggantikan Tempat Datuk’ Lee Chong Wei !!! | Selepas berakhirnya penampilan Datuk’ Lee Chong Wei di Olimpik Rio 2016 yang lalu, kini Malaysia mencari siapakah yang bakal menggantikan tempat Chong Wei untuk meraih pingat emas di temasya Olimpik Tokyo 2020 nanti.

goh_jin_wei_champion_620_429_100

Bagaimanapun, bekas jurulatih badminton kebangasaan negara, Rashid Sidek meramalkan Goh Jin Wei yang baru sahaja berumur 16 tahun bakal menjadi pengganti Chong Wei. Jin Wei merupakan rakyat Malaysia pertama yang pernah memenangi Kejohanan Remaja Dunia di Peru tahun lalu.

“Sehingga kini saya belum nam­pak siapa pengganti Chong Wei biar­pun terdapat beberapa nama yang dianggap berpotensi.

“Namun, jangan lupa kita ada Jin Wei. Usianya baharu 16 tahun dan akan mencecah 20 tahun kalau layak ke Olimpik 2020 Tokyo.

“Apa yang boleh saya katakan, kita kena ja­ga budak itu elok-elok. Beri segala yang terbaik. Saya yakin, kalau semua ber­jalan lancar, sekurang-kurangnya ada pengubat harapan untuk mencari pengganti Chong Wei biarpun dalam versi wanita,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Bekas jurulatih Chong Wei itu juga berkata, Jin Wei perlu bekerja lebih keras mulai sekarang.

“Tetapi dalam masa sama, Jin Wei juga kena berwaspada de­ngan tekanan men­tal mahupun fizikal. Ke­na seimbangkan dengan ke­ta­hanan badan agar tidak di­timpa perkara yang tidak diingini terutama kecede­raan,” katanya.

SINGAPURA 15 June 2015. Perseorangan wanita Malaysia, Goh Jin Wei tewas kepada pemain Indonesia Ramadini Hanna 21-16, 12-21, 21-18 dalam masa 1 jam 6 minit pada separuh akhir Sukan SEA ke-28 Singapura 2015 di Stadium Tertutup Singapura. NSTP/Hairul Anuar Abd RahimgohjinweiwinJin Wei medalKUNSHAN, 15 Mei -- Pemain perseorangan wanita kedua negara, Goh Jin Wei gagal menandingi ketangkasan pemain China, Wang Yihan pada kejohanan Piala Uber di Pusat Sukan Kunshan hari ini. Pasukan Piala Uber negara berada dalam Kumpulan A bersama China, Denmark dan Sepanyol. Malaysia ketinggalan 0-3 kepada tuan rumah dengan tewasnya Jin Wei 16-21 dan 14-21. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sumber : Utusan Malaysia

 

P.S. 1 – Peguam Ini Dedah CARA² Tuntut Hutang Kawan² Dan Saudara Mara Guna Mahkamah Yang Ramai Orang TAK TAHU !!!
P.S. 2 – Bayi ‘Muncul’ Sebelah Ibu Yang Meninggal Dunia. Ustazah Ini Kongsi Pengalaman Urus Jenazah Wanita Digilis Lori !!!
P.S. 3 – Anak ‘Hilang’ Ketika Tarawih. Wanita Ini TERKEJUT Bila Anaknya Bersama Wanita Berpakaian Serba Hitam !!!
P.S. 4 – Dari Mana Punca Air Sungai. Lelaki Ni Dedah Teori Yang Buat Ramai Kata WOW !!!
P.S. 5 – Khairul Idham Menang Perlumbaan. Inilah Luahan KECEWA Bapanya Dengan Apa Mereka Tanggung Yang Ramai TAK TAHU !!!

Tags: , , , ,

Category: Sukan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *