Hadiah Istimewa Sultan Johor Buat Pasukan Bola Sepak Johor !!!

| August 2, 2016 | 0 Comments

Hadiah Istimewa Sultan Johor Buat Pasukan Bola Sepak Johor !!! | KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengurniakan sebuah kapal terbang untuk kegunaan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kapal-Terbang-JDT-1

Laman rasmi JDT, Johor Southern Tigers melaporkan, kapal terbang baharu untuk kegunaan pegawai dan pemain kelab tersebut adalah jenis Gulfstream 550.

“Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan sebuah kapal terbang Gulfstream 550 kepada kelab JDT yang akan digunakan oleh pegawai kelab dan para pemain.

“Kapal terbang ini akan siap dan diserahkan kepada JDT pada pertengahan tahun 2017,” kata laman Facebook itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Johor Southern Tigers, perkembangan itu menyaksikan JDT muncul pasukan bola sepak pertama di Malaysia mempunyai kemudahan pengangkutan udara sendiri.

Pasukan JDT dimiliki oleh anakanda baginda, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail yang dibarisi ramai pemain ternama tempatan dan tanah air.

Sumber : FB Johor Southern Tigers

P.S. 1 – Peguam Ini Dedah CARA² Tuntut Hutang Kawan² Dan Saudara Mara Guna Mahkamah Yang Ramai Orang TAK TAHU !!!
P.S. 2 – Bayi ‘Muncul’ Sebelah Ibu Yang Meninggal Dunia. Ustazah Ini Kongsi Pengalaman Urus Jenazah Wanita Digilis Lori !!!
P.S. 3 – Anak ‘Hilang’ Ketika Tarawih. Wanita Ini TERKEJUT Bila Anaknya Bersama Wanita Berpakaian Serba Hitam !!!
P.S. 4 – Dari Mana Punca Air Sungai. Lelaki Ni Dedah Teori Yang Buat Ramai Kata WOW !!!
P.S. 5 – Khairul Idham Menang Perlumbaan. Inilah Luahan KECEWA Bapanya Dengan Apa Mereka Tanggung Yang Ramai TAK TAHU !!!

 

Category: Sukan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *