Apa Yang Arwah Sempat Lakukan Waktu Saya Hantar Ke Sekolah Tadi Hanya ‘Lambaian Terakhir’…

| August 29, 2016 | 0 Comments

Apa Yang Arwah Sempat Lakukan Waktu Saya Hantar Ke Sekolah Tadi Hanya ‘Lambaian Terakhir’… | PUTRAJAYA: Ibu kepada pelajar yang maut akibat terjatuh dari tingkat tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9(2), Zalina Khamis, berkata sejak beberapa hari lalu, anaknya, Azim Hakimi Abu Shuja, 15, banyak mendiamkan diri.

gfdg

Beliau berkata, mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik itu juga sempat mengulang kaji pelajarannya bersama rakan kerana akan mengambil peperiksaan PT3 tidak lama lagi. “Azim banyak mendiamkan diri dan malam tadi, dia sempat mengulangkaji pelajaran bersama-sama rakannya.

“Pagi tadi, dia tidak banyak bercakap, namun kelakuannya masih seperti biasa, malah dia sempat melambaikan tangan selepas saya menghantarnya ke sekolah,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

PUTRAJAYA 29 AUGUST 2016. Ibu kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9 (2), Putrajaya, Azim Hakimi Abu Shuja, 15, Zalina Kamis,53, (kanan) kelihatan sedih apabila anaknya maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan di sekolah berkenaan kira-kira jam 9.40 pagi tadi. NSTP/FARIZ ISWADI ISMAIL

Azim maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sekolah itu kerana dikatakan gagal mengimbangi badannya ketika mahu menolong mengambil beg rakannya yang terjatuh di koridor berdekatan kelasnya pada jam 9.40 pagi tadi.

Jenazah Azim dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Presint 20, di sini. Sementara itu, Polis Daerah Putrajaya, Asisten Superintendan Rosly Hassan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Pada jam 11 pagi tadi, pihak polis menghantar mangsa ke Hospital Putrajaya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

14100433_1033680316739793_4020429778886955165_n 14141883_10153854826962423_5800070285294575028_n 14183669_10153854826782423_641842455350076673_n 14202766_10154517063044861_6212632881730517_n

Sumber : Berita Harian.

P.S. 1 – Peguam Ini Dedah CARA² Tuntut Hutang Kawan² Dan Saudara Mara Guna Mahkamah Yang Ramai Orang TAK TAHU !!!
P.S. 2 – Bayi ‘Muncul’ Sebelah Ibu Yang Meninggal Dunia. Ustazah Ini Kongsi Pengalaman Urus Jenazah Wanita Digilis Lori !!!
P.S. 3 – Anak ‘Hilang’ Ketika Tarawih. Wanita Ini TERKEJUT Bila Anaknya Bersama Wanita Berpakaian Serba Hitam !!!
P.S. 4 – Dari Mana Punca Air Sungai. Lelaki Ni Dedah Teori Yang Buat Ramai Kata WOW !!!
P.S. 5 – Khairul Idham Menang Perlumbaan. Inilah Luahan KECEWA Bapanya Dengan Apa Mereka Tanggung Yang Ramai TAK TAHU !!!

Tags: , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *