Selepas Dato’ Aliff Syukri ‘MENGAMUK’ …. Inilah Jawapan ‘BALAS’ Menteri Besar Kedah Kepada Abang Terlajak Laris !!!

| May 6, 2016 | 0 Comments

Selepas Dato’ Aliff Syukri ‘MENGAMUK’ …. Inilah Jawapan ‘BALAS’ Menteri Besar Kedah Kepada Abang Terlajak Laris !!! Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tidak berniat mengguris perasaan atau memperkecilkan mana-mana pihak susulan penolakan tajaan Syarikat D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd (D’Herbs), Rabu lalu.

ab2e8ee4a9d7ca04c9830b38691f9433

Sebaliknya, Presidennya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, keputusan KFA dibuat kerana kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan, berikutan ada syarat yang dikemukakan D’Herbs untuk tajaan bernilai RM30 juta itu tidak dapat ditunaikan.

“Bagi saya keputusan ini adalah lumrah selepas dua pihak mengadakan perbincangan dan ia tidak sepatutnya menyebabkan hubungan kedua-dua pihak menjadi keruh.

“Saya harap penaja memahami keputusan ini dan jika ada ruang pada masa depan, kita sedia berbincang dengan mana-mana pihak demi memajukan bola sepak Kedah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

2e65fc1d165c0791bfc4980152e97e62

Dalam sidang media khas hari ini, Pengasas D’Herbs Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berkata beliau amat kecewa dan terkilan ekoran dakwaan KFA yang mengatakan beliau memaksa persatuan itu mendapatkan tanah seluas kira-kira 60 hektar di Pokok Sena, sebagai balasan kerana menaja KFA.

Aliff berkata tanah terbengkalai sejak 2008 itu sebenarnya dicadangkan sendiri kerajaan negeri untuk dibangunkan sebagai Bandar D’Herbs, taman tema dan zoo melalui usahasama dengan anak syarikat kerajaan negeri.

Ahmad Bashah yang juga menteri besar Kedah turut menegaskan KFA bukan persatuan yang bermasalah dan ia masih berjalan seperti biasa bagi membangunkan sukan yang sudah sebati dengan rakyat negeri ini.

“Saya akur penajaan itu mampu membantu pasukan, namun ia terpaksa kami tolak buat masa ini kerana kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan dalam situasi menang-menang,” katanya.

Bernama

P.S. 1 – Tindakkan Lelaki Ini MENGEJUTKAN Satu Sekolah Apabila Dia MENCEROBOH Tandas Perempuan Hanya Kerana Ingin….
P.S. 2 – Wanita Ini Dihadiahkan Ais Krim Je Dari Suaminya, Tapi Bila Tengok Didalam.. Sweet Gila!!!
P.S. 3 – “Suami Hilang Ingatan Akibat Strok Haba”
P.S. 4 – “Kata Susah Dan Derita Dengan GST Tapi Lebuhraya Sesak,Lapangan Terbang Sesak Pergi Umrah Dan Bercuti”Inilah Hujah YB BN Tentang GST !!!
P.S. 5 – PANAS….Inilah Pendedahan TERBARU DS Mukhriz Mahathir Tentang Isu 2.6b Yang Buat Ramai Ahli UMNO TERKEJUT !!!

Tags: , , , , , , , , ,

Category: Sukan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *