Dah Kantoi. Bagi Alasan TAK MASUK AKAL Pulak. Memang PELIK Sangat Autanya !!!

| May 30, 2016 | 0 Comments

Dah Kantoi. Bagi Alasan TAK MASUK AKAL Pulak. Memang PELIK Sangat Autanya !!! | Seorang lelaki sanggup berpura-pura konon wanita berusia 40 tahun yang dicekup bersamanya kerana disyaki berkhalwat sebagai ibu saudaranya kerana bimbang ditahan pihak berkuasa dalam operasi maksiat di sebuah hotel bajet di Jalan Pintu 10 di sini, kelmarin.

1 (2)

Lelaki berusia 27 tahun itu turut memberi alasan tidak melakukan apa-apa dengan memberi alasan menyewa bilik hotel berkenaan untuk berbual dengan pasangannya.

Bagaimanapun, helah lelaki itu terbongkar apabila wanita terbabit mengaku lelaki itu adalah kenalannya ketika disoal siasat anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).

Penolong Pengarah Bahagian Undang-undang dan Penguat Kuasa JAIK Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, berdasarkan maklumat, pihaknya membuat pemeriksaan di hotel bajet berkenaan dan mengetuk sebuah pintu bilik disyaki disewa pasangan terbabit.

Menurutnya, seorang lelaki berpakaian lengkap membuka pintu dan terkejut melihat anggota JAIK sebelum membenarkan pemeriksaan.

“Ketika itu terdapat seorang wanita dipercayai bersembunyi dalam bilik air dalam keadaan takut dan hasil siasatan awal mendapati mereka tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri, malah lelaki itu cuba memperdaya penguat kuasa konon wanita itu ibu saudaranya, namun gagal,” katanya, semalam.

Katanya, wanita itu dipercayai ibu tunggal kepada tiga anak manakala lelaki berkenaan masih bujang dan dipercayai sudah mempunyai teman wanita. KREDIT HARIAN METRO.

P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!

Tags: , , , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *