Ngeri! Tangan Kanak-Kanak Tersepit Di Eskalator Di Kajang (4 Foto)

| May 4, 2014

Ngeri! Tangan Kanak-Kanak Tersepit Di Eskalator Di Kajang (4 Foto) | Kes tersepit di eskalator membabitkan kanak-kanak bukanlah pertama kali kita dengar. Sebelum ini juga pernah terjadi kes tersepit ibu jari kaki gara-gara sandal yang dipakai tersangkut. Oleh yang demikian, sebagai ibu bapa perlulah mengambil peranan penting apabila membawa mereka biarpun tempat yang dilalui itu selamat. Ini kerana, kanak-kanak memang mudah mengalami kecekalaan jika kita terlepas pandang dengan apa yang mereka lakukan. Boleh lihat gambar di bawah ini.

eskalator1

SEORANG kanak-kanak berusia enam tahun terselamat daripada kehilangan tangan kanannya selepas tersepit di celah tangga bergerak atau eskalator di sebuah pusat membeli-belah pada Khamis lepas.

Gambar-gambar saat mendebarkan anggota Bomba dan Penyelamat Kajang menyelamatkan kanak-kanak itu dikongsikan laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, menurut laporan blog Sebastian Phiu.

Bilik kawalan Kajang menerima panggilan khidmat khas pada pukul 4.39 petang berkenaan kes tangan tersepit di eskalator.

Bomba Kajang menghantar lima orang anggota ke lokasi kejadian yang tidak didedahkan dan tangan kanak-kanak berkenaan berjaya diselamatkan.

eskalator2

eskalator3

eskalator4

P.S. I – Menakjubkan! Hanya Satu Tempat Sahaja Di Jepun
P.S. II – Restoran Yang Paling Unik Di Dunia!
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Sumber : Siakap Keli

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()