Menakjubkan! Nenek Lincah Buat Aksi Timbang Bola (Video)

| May 7, 2014

Menakjubkan! Nenek Lincah Buat Aksi Timbang Bola (Video) | Tidak semua orang mempunyai bakat membuat aksi timang bola. Ada yang bakatnya dilahirkan secara semula jadi. Ada juga yang berbakat dengan cara berusaha dan berlatih sepanjang masa. Cakap pasal timang bola ini, laman sosial mendedahkan apabila terdapat seorang wanita bergelar nenek membuat aksi mengejutkan apabila dirinya mampu membuat timbangan bola. Kejadian itu disaksikan oleh kanak-kanak yang berada di situ. Nenek berkenaan menjadi bualan misteri. Boleh tonton video di atas ini.

timang bola

Kelincahan seorang nenek menimbang bola di sebatang jalan raya, telah menjadikan dia sebagai sensasi internet dengan beberapa majalah sukan sedang mencarinya.

Aksi nenek itu menimbang bola telah dirakamkan dan mendapat perhatian ramai hinggakan gelaran `La nonnina’ atau nenek diberikan kepada wanita tersebut.

Nenek misteri itu mendapat bola tersebut selepas sekumpulan kanak-kanak yang bermain bola di jalan berkenaan telah meleretkan bola kepadanya.

Jika nenek lain pasti akan mengembalikan semula bola itu kepada kanak-kanak berkenaan, sebaliknya wanita warga emas ini terus menimbang bola dan kelincahannya telah mengejutkan kanak-kanak itu.

Identitinya masih misteri dan ramai yang membuat spekulasi mungkin dia merupakan bekas pemain bola sepak.

Malah sebuah surat khabar menulis mengenai nenek itu dan merujuknya sebagai `’Gran Learns To Bend It Like Beckham’, iaitu sebuah filem yang dibintangi oleh pemain bola sepak wanita.

P.S. I – Pelik! Dinding Bangunan Dipenuhi Dengan Pintu
P.S. II – Tempat Yang Kita Sendiri Tidak Pernah Tefikir. Pelik?
P.S. III – Pantai Yang Paling Bahaya Di Dunia

Sumber : Sentiasa Panas

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Comments are closed.