Kejam! Budak 5 Tahun Dipukul Hingga Mati Hanya Kerana Ejekan Gila

| October 21, 2012

Melayukini.net – Kejam! Budak 5 Tahun Dipukul Hingga Mati Hanya Kerana Ejekan Gila | Namapun budak 5 tahun, tetapi sudah diperlakukan dengan kejam. Bukankah kanak-kanak itu harus disayangi, dan jika salah harus diteguri. Mereka masih lagi insan kecil yang sedang belajar tentang erti kehidupan. Satu kes yang menyayat hatimelibatkan seorang kanak-kanak lelaki warga Kemboja berusia lima tahun yang mana ditemui mati dalam bungkusan kain yang ditutup dengan daun-daun di bawah sebatang pokok sukun yang dikelilingi semak di Jalan Bawal, Off Jalan Sungai Udang, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Mohamad Mat Yusop berkata, mayat Sy Rasikin Sy Ismail dengan kesan lebam di muka dan kuku pada leher kanannya, ditemui bapanya, Set El It, 35, kira-kira 30 meter dari rumah mereka di kawasan itu pada 11.57 malam.

“Selepas dijumpai, mangsa dibawa ke sebuah klinik di Pekan Teluk Pulai di sini tetapi telah disahkan meninggal dunia.

“Ibu mangsa berkata kali terakhir beliau bertemu anaknya ialah pada kira-kira 6 petang semalam sebelum anaknya keluar seorang diri dan bermain di kawasan rumahnya,” katanya.

Mohamad berkata, susulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki warga Kemboja berusia 19 dan 21 tahun, yang kedua-duanya bekerja sebagai tukang jahit.

Beliau berkata, seorang daripada suspek mengaku menampar mangsa kerana mendakwa mangsa mengejeknya ‘gila’.

Kedua-dua suspek kemudian membungkus mangsa ke dalam kain sebelum membuang mangsa di bawah pokok sukun itu, katanya.

“Suspek dibawa ke hospital untuk menjalani ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) DNA & toksikologi,” katanya.

Mohamad berkata, bedah siasat ke atas kanak-kanak itu menunjukkan beliau meninggal dunia akibat lemas.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh.

Melayukini.net – Sungguh kejam suspek ini kerana sanggup membunuh seorang kanak-kanak kecil. Memanglah kita marah jika kanak-kanak tiba-tiba mengejek kita dengan perkataan gila. Namun, nama pun budak apalah salahnya jika ditegur ataupun dimarah sahaja. Ini sampai mahu berbunuh. Bukankah itu satu perkara yang berdosa. Semoga suspek dikenakan hukuman yang setimpal.

P.S. I – Pelik! Dinding Bangunan Dipenuhi Dengan Pintu
P.S. II – Tempat Yang Kita Sendiri Tidak Pernah Tefikir. Pelik?
P.S. III – Pantai Yang Paling Bahaya Di Dunia

Sumber: MyNewsHub | Layari Berita Tempatan Informasi Malaysia Kini

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Comments are closed.